Loading...

Dickson Nwakaeme Persoal Pembelian Pemain Import Sri Pahang, Tidak Sesuai Liga Malaysia

Loading...
Dickson Nwakaeme Persoal Pembelian Pemain Import Sri Pahang, Tidak Sesuai Liga Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dickson Nwakaeme Persoal Pembelian Pemain Import Sri Pahang, Tidak Sesuai Liga Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dickson Nwakaeme Persoal Pembelian Pemain Import Sri Pahang, Tidak Sesuai Liga Malaysia
link : Dickson Nwakaeme Persoal Pembelian Pemain Import Sri Pahang, Tidak Sesuai Liga Malaysia

Baca juga


Dickson Nwakaeme Persoal Pembelian Pemain Import Sri Pahang, Tidak Sesuai Liga Malaysia

 

KUANTAN - Permulaan buruk yang dicatat anak buah Christophe Gamel itu mendapat perhatian bekas penyerang import kelab itu, Dickson Nwakaeme yang mempersoalkan polisi pembelian pemain import.

Pemain yang berasal dari Nigeria itu berpendapat bahawa Sri Pahang membawa masuk pemain import yang tidak sesuai dengan Liga Malaysia.

"Anda perlu menandatangani pemain yang sesuai untuk Liga Malaysia. Bukan semua pemain boleh bermain dengan bagus dalam liga ini. Pihak pengurusan sepatutnya tahu perkara ini. Saya telah mengatakannya berkali-kali. Sungguh sedih melihat pasukan ini tewas," kata Nwakaeme di ruangan komen Instagram Sri Pahang.

Musim ini, Sri Pahang membariskan lima pemain import iaitu Billy Ketkeophomphone, Mahmoud Za'tara, Johan Martial, Mamadou Samassa dan Manuel Hidalgo.

Seorang penyokong Sri Pahang kemudian membalas komen Dickson dengan memintanya mencadangkan pemain yang sesuai buat pasukan itu.

Nwakaeme kemudian menjawab: "Mereka tak dengar. Walaupun selepas mengadakan pertemuan bersama."

Beliau pernah mewakili Pahang pada tahun 2014 dan 2015 sebelum berhijrah ke kelab Perancis, Angers sehingga tahun 2017. Nwakaeme kembali semula bersama Pahang pada tahun 2019 dan 2020.

Sepanjang beraksi bersama Pahang, beliau menjaringkan 23 gol dalam 59 perlawanan dan pernah membantu kelab itu merangkul Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun 2014 dan Piala Sumbangsih pada 2015.

Pada perlawanan liga pada Sabtu, Sri Pahang terlebih dahulu mendahului permainan seawal minit keempat menerusi jaringan Za'tara.

Namun, Melaka United bangkit pada separuh masa kedua dengan gol penyamaan pada minit ke-51 oleh Emmanuel Essigba sebelum Mohamad Hasbullah Abu Bakar memastikan pelawat pulang dengan tiga mata penuh dengan jaringan pada minit ke-70.

Sri Pahang kini berada di tangga kesepuluh liga dengan hanya satu mata daripada tiga perlawanan dan anak buah Gamel bakal melayan kunjungan Penang FC Sabtu depan dalam aksi Liga Super. #sumber



Demikianlah Artikel Dickson Nwakaeme Persoal Pembelian Pemain Import Sri Pahang, Tidak Sesuai Liga Malaysia

Sekianlah artikel Dickson Nwakaeme Persoal Pembelian Pemain Import Sri Pahang, Tidak Sesuai Liga Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dickson Nwakaeme Persoal Pembelian Pemain Import Sri Pahang, Tidak Sesuai Liga Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/04/dickson-nwakaeme-persoal-pembelian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dickson Nwakaeme Persoal Pembelian Pemain Import Sri Pahang, Tidak Sesuai Liga Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...