Judul : Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut - Kuala Tembeling
link : Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut - Kuala Tembeling
Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut - Kuala Tembeling
JERANTUT - Dua lelaki maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 16, Jalan Jerantut - Kuala Tembeling berdekatan Bukit Atap dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian jam 7.55 malam itu, pesara Jabatan Pemetaan berusia 68 tahun dari Indera Mahkota, Kuantan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Jerantut akibat kecederaan parah di dada.
Turut maut seorang lelaki berusia 23 tahun yang juga penumpang sebuah lagi kereta beralamat di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kuala Tembeling dekat sini akibat kecederaan di kepala.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Hassan, berkata hasil siasatan awal mendapati warga emas yang memandu Honda City daripada arah Jerantut dipercayai cuba memotong kereta Proton Waja di hadapannya.
"Ketika mangsa memotong, tiba-tiba sebuah kereta Honda Jazz datang daripada arah hadapan menyebabkan berlaku pertembungan antara dua kenderaan itu.
"Akibat perlanggaran ini, warga emas yang memandu kereta Honda City mengalami kecederaan dada dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Jerantut, manakala penumpang kereta Honda Jazz maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JP) 1987. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut - Kuala Tembeling
Anda sekarang membaca artikel Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut - Kuala Tembeling dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/05/dua-lelaki-maut-dalam-kemalangan-babit.html
0 Response to "Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut - Kuala Tembeling"
Catat Ulasan