Loading...

Pemilihan PKR 2022: Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding !

Loading...
Pemilihan PKR 2022: Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemilihan PKR 2022: Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemilihan PKR 2022: Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding !
link : Pemilihan PKR 2022: Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding !

Baca juga


Pemilihan PKR 2022: Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding !

 

KUANTAN - Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang bermula pagi tadi menyaksikan sembilan daripada 14 Ketua cabang menang tanpa bertanding.

Antara yang mengekalkan jawatan ialah Ketua Cabang Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi; Ketua Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung; Ketua Cabang Rompin, Jamaludin Masri dan Ketua Cabang Maran, Bostamin Bakar.

Setiausaha PKR Pahang, Wong Ming Hui ketika dihubungi memaklumkan, cabang lain yang turut dimenangi tanpa bertanding ialah Bentong, Raub, Bera, Cameron Highlands, Jerantut dan Kuala Krau.

"Untuk jawatan Ketua Cabang Bera kekal disandang Manolan Mohamad manakala Mohamad Hafez Harun pula mengekalkan jawatan Ketua Cabang Kuala Krau.

"Seramai empat lagi cabang menampilkan muka baru selepas penyandang jawatan sebelumnya tidak bertanding.

"Mereka ialah Jeffry Nizam dipilih sebagai Ketua Cabang Bentong, Anuar Busu di Raub, Ismail Mohd Hussin di Cameron Highlands dan Mohd Rafly Mohamad Satar dipilih sebagai Ketua Cabang Jerantut," katanya.

Ming Hui berkata, keputusan pemilihan di empat lagi cabang hanya akan diketahui selepas proses pemilihan termasuk undi secara dalam talian selesai sepenuhnya hujung bulan ini.

Katanya, tidak ada sebarang insiden atau masalah dilaporkan sejak pusat pemilihan dibuka kira-kira jam 9 pagi tadi.

Sementara itu, pemilihan Ketua Cabang Paya Besar dijangka sengit selepas menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Calon bagi jawatan itu ialah Wan Fauzuldin Wan Samad yang juga penyandang Ketua Cabang Paya Besar dan dia dicabar Ahmad Omar dan Kamarzaman Mohamed Yunus.

Tiga lagi cabang yang menyaksikan pertandingan ialah cabang Pekan, Temerloh dan Lipis. #sumber



Demikianlah Artikel Pemilihan PKR 2022: Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding !

Sekianlah artikel Pemilihan PKR 2022: Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemilihan PKR 2022: Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/05/pemilihan-pkr-2022-sembilan-ketua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemilihan PKR 2022: Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding !"

Catat Ulasan

Loading...