Loading...

Kerajaan Beri "Bantuan Kecemasan" RM1,000 Kepada Keluarga Terjejas Banjir Di Janda Baik

Loading...
Kerajaan Beri "Bantuan Kecemasan" RM1,000 Kepada Keluarga Terjejas Banjir Di Janda Baik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Beri "Bantuan Kecemasan" RM1,000 Kepada Keluarga Terjejas Banjir Di Janda Baik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Beri "Bantuan Kecemasan" RM1,000 Kepada Keluarga Terjejas Banjir Di Janda Baik
link : Kerajaan Beri "Bantuan Kecemasan" RM1,000 Kepada Keluarga Terjejas Banjir Di Janda Baik

Baca juga


Kerajaan Beri "Bantuan Kecemasan" RM1,000 Kepada Keluarga Terjejas Banjir Di Janda Baik

 

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dengan kejadian kepala air di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook berkata, bantuan itu akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali kepada keluarga mangsa.

“Rasa simpati terhadap Keluarga Malaysia yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh disebabkan kejadian kepala air di Janda Baik.

“Kerajaan akan memberi bantuan kecemasan RM1,000 kepada setiap keluarga bagi meringankan beban akibat kerosakan peralatan rumah.

“Bantuan itu akan disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali bersama-sama setiausaha politik saya semasa mereka melawat mangsa nanti,” katanya hari ini.

Menurut Ismail Sabri, beliau difahamkan kejadian berlaku akibat hujan lebat di kawasan hulu iaitu kawasan gunung Nuang yang mengakibatkan fenomena kepala air.

Katanya, penduduk selamat dan ramai yang sudah pulang untuk mengemas rumah masing-masing.

“Saya menasihatkan penduduk agar sentiasa berhati-hati kerana walaupun air sungai sudah kembali surut, namun ia masih agak deras dan keruh.

“Terima kasih kepada agensi penyelamat yang menghulur tenaga membantu mangsa,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Beri "Bantuan Kecemasan" RM1,000 Kepada Keluarga Terjejas Banjir Di Janda Baik

Sekianlah artikel Kerajaan Beri "Bantuan Kecemasan" RM1,000 Kepada Keluarga Terjejas Banjir Di Janda Baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Beri "Bantuan Kecemasan" RM1,000 Kepada Keluarga Terjejas Banjir Di Janda Baik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/05/kerajaan-beri-bantuan-kecemasan-rm1000.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Beri "Bantuan Kecemasan" RM1,000 Kepada Keluarga Terjejas Banjir Di Janda Baik"

Catat Ulasan

Loading...