Loading...

Pemangku Raja Pahang Bertitah Supaya Kerja Membersih, Mendalamkan Sungai Disegerakan

Loading...
Pemangku Raja Pahang Bertitah Supaya Kerja Membersih, Mendalamkan Sungai Disegerakan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemangku Raja Pahang Bertitah Supaya Kerja Membersih, Mendalamkan Sungai Disegerakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemangku Raja Pahang Bertitah Supaya Kerja Membersih, Mendalamkan Sungai Disegerakan
link : Pemangku Raja Pahang Bertitah Supaya Kerja Membersih, Mendalamkan Sungai Disegerakan

Baca juga


Pemangku Raja Pahang Bertitah Supaya Kerja Membersih, Mendalamkan Sungai Disegerakan

 

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan supaya kerja membersih dan mendalamkan sungai serta saliran di negeri ini yang cetek akibat banyak mendapan kesan banjir sebelum ini disegerakan.

Baginda bertitah, kerajaan negeri dan Persekutuan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) perlu bekerjasama dalam melaksanakan kerja tersebut yang mesti dilakukan sebelum musim Monsun Timur Laut bermula pada hujung tahun ini.

Kerja tersebut, menurut Tengku Hassanal juga perlu disegerakan di Janda Baik, Bentong ekoran sungai semakin cetek menjadi punca utama banjir kilat di kawasan itu pada Rabu lepas (11 Mei) membabitkan lima kampung termasuk Kampung Sum-Sum, Kampung Cheringin dan Kampung Chemperoh.

"Saya juga bertitah agar disegerakan pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bentong serta Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di Bentong, termasuklah pembinaan Stesen Telemetri dan Stesen Amaran Banjir di huluan kawasan Janda Baik," titah baginda menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Banjir kilat di Janda Baik disebabkan hujan lebat luar biasa dengan kelebatan 87.5 milimeter (mm) berlaku selama tiga jam bermula pada 4 pagi hari kejadian.

Tengku Hassanal juga berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir di Janda Baik semalam, untuk mengurniakan sumbangan selain turut melawat lokasi kejadian serta mendengar taklimat berhubung tindakan susulan segera tebatan banjir untuk mengurangkan risiko bencana itu. #sumber



Demikianlah Artikel Pemangku Raja Pahang Bertitah Supaya Kerja Membersih, Mendalamkan Sungai Disegerakan

Sekianlah artikel Pemangku Raja Pahang Bertitah Supaya Kerja Membersih, Mendalamkan Sungai Disegerakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemangku Raja Pahang Bertitah Supaya Kerja Membersih, Mendalamkan Sungai Disegerakan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/05/pemangku-raja-pahang-bertitah-supaya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemangku Raja Pahang Bertitah Supaya Kerja Membersih, Mendalamkan Sungai Disegerakan"

Catat Ulasan

Loading...