Loading...

Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak !

Loading...
Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak !
link : Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak !

Baca juga


Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak !

 

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda maut apabila kereta mewah jenis Porsche yang dipandunya melanggar dua kenderaan lain sebelum terbabas di Kilometer 55 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan, dekat Bentong, Pahang, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 1 tengah hari itu, Lee Cheng Yik, 22, yang juga seorang ahli perniagaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 2.15 petang berhubung kemalangan itu yang turut membabitkan sebuah kereta Proton Saga FLX dipandu lelaki berusia 32 tahun dan Proton Waja dipandu lelaki berumur 71 tahun.

Ketika kejadian, beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Gombak menghala ke Raub sebelum kereta dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah kereta lalu terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta di lorong kiri jalan.

"Perlanggaran itu menyebabkan Porsche berkenaan terbabas ke sebelah kiri jalan di laluan keluar sebuah stesen minyak di lokasi terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Akibat kemalangan itu, Zaiham berkata, pemandu Porsche disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu dua lagi kereta terbabit dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu boleh menghubungi pihak polis berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.52 tengah hari semalam.

Susulan itu, beliau berkata, seramai 10 pegawai serta anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi.

"Setiba di lokasi, pasukan mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta Porsche yang terbabas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulfadli berkata, mangsa dilaporkan tersepit di bahagian pemandu kereta berkenaan akibat kemalangan itu.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan alat penyelamat hidraulik.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak !

Sekianlah artikel Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/06/pemuda-maut-kereta-porsche-dipandu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemuda Maut Kereta Porsche Dipandu Langgar Dua Kereta, 'Terbabas' Di Lebuhraya KL-Karak !"

Catat Ulasan

Loading...