Loading...

Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik !

Loading...
Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik !
link : Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik !

Baca juga


Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik !

BENTONG - Penduduk Kampung Janda Baik dekat sini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Bentong (MDB) menangguhkan sessi bantahan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam (JKSPTA) Rancangan Kawasan Khas (RKK) yang dijadualkan pada 14 Jun 2022 ini. 

Kenyataan di Facebook Page Save Janda Baik https://www.facebook.com/520126011768105/posts/1450980188682678/ mendakwa sebilangan penduduk sudah bersedia untuk hadir ke pendengaran awam RKK itu sebenarnya. 

Namun mereka kecewa tiba-tiba ia ditangguh tanpa sebarang surat rasmi. Malah maklumat tersebut hanya diketahui menerusi facebook rasmi Majlis Perbandaran Bentong sahaja. 

"Adakah medium media sosial dijadikan sebagai dasar pemakluman oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang? Adakah ini prosedur yang sah dalam proses perwartaan draf?. 

"Dua bas telah ditempah dan pengesahan kehadiran secara sendirian telah dibuat oleh team sukarelawan," kata kenyataan itu. 

Apa yang lebih menghairankan mereka ialah pada 'Surat jemputan'  yang perlu ditandatangani, kehadiran perlu disahkan dengan menghubungi pihak PBT terbabit. 

"Jadi apakah semua ini? Kami merayu YAB MB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail supaya membatalkan  RKK & RTD Janda Baik agar isu ini tidak mengganggu perjalanan Piliharaya Umum  akan datang. Kuasa ini terletak ditangan YAB. Rezab melayu selamat, tanah milik penduduk kampung terjamin," kata kenyataan itu lagi. 

Mereka turut mendakwa banyak sangat kelemahan RKK ini disebabkan tiada ketelitian dan semakan oleh  pihak konsultan dan pihak PBT. 

"Persoalannya, apakah status RTD Janda Baik, yang jelas tertulis lot-lot tanah warisan dan rezab melayu akan dijadikan kawasan pembangunan?," tambah kenyataan itu.  

Sementara itu ada beberapa komen panas oleh netizen terhadap kenyataan terbabit.

"Notis Penangguhan ke tarikh bila? Tak diberitahu. Nanti tiba-tiba dah nak wartakan aje seperti RTD.. Jangan buat begitu ye Majlis Perbandaran Bentong.. Janji nak jumpa berdialog akan kami tuntut," kata Princes Sabrina.

"Mohonlah jasa baik pertimbangkanlah permintaan kami ini. Batalkanlah rtd dan rkkk ini. Pihak Tuan telah buat pertanyaan pda kami,tapi kami tuan punya badan serta org kg tak setuju,maka batalkanlah. Pembangunan ini beri kesan negerif pda kami maka kami berhak menolak. Mohon pertimbangkan," kata Rohaimi Anuar.

Isu ini pernah mendapat bantahan  besar-besaran penduduk pada 2019 sebenarnya.



Pada asasnya bantahan penduduk ini agak sukar kerana banyak tanah di Janda Baik sebenarnya sudah dimiliki oleh pihan lain dan orang luar. Justeru, mereka pasti akan menyokong projek tersebut kerana nilai tanah masing-masing akan naik jika dibuat pengambilan semula oleh pihak kerajaan. Apa pun laporan selanjutnya menyusul. #PDO




Demikianlah Artikel Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik !

Sekianlah artikel Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/06/penduduk-kecewa-majlis-perbandaran.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh 'Pendengaran Awam' RKK Janda Baik !"

Catat Ulasan

Loading...