Loading...

Menang 2-0 Ke Atas Selangor FC, Tetapi Para Penyokong Tetap Mahu Nama Pasukan, Dollah Salleh Dan Pengurusan Sri Pahang FC Di Tukar

Loading...
Menang 2-0 Ke Atas Selangor FC, Tetapi Para Penyokong Tetap Mahu Nama Pasukan, Dollah Salleh Dan Pengurusan Sri Pahang FC Di Tukar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menang 2-0 Ke Atas Selangor FC, Tetapi Para Penyokong Tetap Mahu Nama Pasukan, Dollah Salleh Dan Pengurusan Sri Pahang FC Di Tukar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menang 2-0 Ke Atas Selangor FC, Tetapi Para Penyokong Tetap Mahu Nama Pasukan, Dollah Salleh Dan Pengurusan Sri Pahang FC Di Tukar
link : Menang 2-0 Ke Atas Selangor FC, Tetapi Para Penyokong Tetap Mahu Nama Pasukan, Dollah Salleh Dan Pengurusan Sri Pahang FC Di Tukar

Baca juga


Menang 2-0 Ke Atas Selangor FC, Tetapi Para Penyokong Tetap Mahu Nama Pasukan, Dollah Salleh Dan Pengurusan Sri Pahang FC Di Tukar

KUANTAN - Sri Pahang FC mengutip tiga mata pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi, apabila mengalahkan Selangor FC 2-0.

Walau bagaimana pun kemenangan itu sudah tiada maknanya lagi kata aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli ketika dihubungi.

Beliau yang sebelum ini mengkritik skuad Tok Gajah dengan mengesa Pengurusan Sri Pahang dibubarkan dan muka baru dilantik menerajui kelab bola sepak itu.

Kenyataan itu dibuat susulan kekalahan malukan Sri Pahang FC kepada Penang FC pada saingan Suku Akhir Piala FA baru-baru ini. Sri Pahang tewas, selepas mendahului lawan dengan jaringan 2-0 pada separuh masa yang pertama.

Mengulas lanjut tentang perlawanan malam tadi, Shukri berkata beliau ucapkan tahniah atas kemenangan itu, namun katanya ia sudah tidak bermakna lagi kerana Sri Pahang FC kini berada di tangga kesembilan liga dengan mengumpul 11 mata daripada 12 perlawanan.

Kedudukan itu terlalu jauh untuk mengejar pasukan yang berada dipersada liga iaitu JDT  (32 mata), Sabah (28 mata) dan Negeri Sembilan (23 mata). Dengan saingan berbaki beberapa perlawanan untuk Liga Super musim ini, maka kemenangan ke atas Selangor FC malam tadi sudah tiada makna.

"Sri Pahang FC sepatunya menghadiahkan kemenangan di Suku Akhir Piala FA ke atas Penang FC baru-baru ini. Sekali gus layak ke pusingan Separuh Akhir dan berpeluang ke akhir. Mungkin itu lebih bermakna daripada menang Liga Super dikala harapan sudah tiada untuk mengejar pasukan yang di atas," katanya.

Mengulas lanjut permainan Sri Pahang FC selepas kekalahan memalukan ditangan pasukan tercorot Liga Super, Penang FC baru-baru ini.

Beliau berkata, rata-rata peminat bola sepak Pahang kecewa dengan kenyataan Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh yang mendakwa pemainnya keletihan dan hilang fokus menjadi punca tewas 2-5 kepada Penang FC pada saingan Suku Akhir Piala FA kelmarin.

Dollah pada satu kenyataan selepas perlawanan tersebut menyatakan kegagalan menyekat kebangkitan Penang FC terutama pada babak kedua perlawanan menyebabkan skuad itu gagal mencapai misi ke separuh akhir piala berprestij itu.

Kenyataan beliau mendapat kecaman netizen terutamanya penyokong Tok Gajah.

"Penat apanya, Sri Pahang FC sudah rehat lama dan tiada perlawanan selepas hari raya Aidil Adha, sebaliknya Penang FC sudah ada dua perlawanan sebelum menentang Pahang.

"Sepatutnya, Pahang menang sebab pemain Penang FC yang letih mengharungi dua perlawanan. Kenyataan Dollah tidak masuk dek akal langsung," kata Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) itu.

Sementara itu, Shukri mendakwa ramai penyokong Pahang mahukan perubahan dan menggesa perkataan 'Sri' ' dibuang daripada nama rasmi skuad Tok Gajah.

"Sri dan tak berseri lagi, ia langsung tidak menggambarkan semangat perjuangan, jati diri, kekuatan untuk mencipta kemenangan. Perkataan itu penuh kelembutan dan lebih sesuai untuk pasukan kebudayaan dan kesenian seperti tarian, drama dan sebagainya. Kembalikan semula skuad Tok Gajah yang dulu, bukan pasukan belasahan.

"Biar pun Sri Pahang FC menang 2-0 ke atas Selangor FC malam tadi, namun saya yakin penyokong Pahang tetap mahu rombakan dibuat terhadap pengurusan, bukan sahaja pemain dan jurulatih.

"Panggil bekas-bekas pemain Pahang untuk sama-sama membantu menyumbang khidmat dan buah fikiran. At least, lantik mereka itu sebagai konsultan bagi membantu pemilihan pemain baik tempatan atau pun import. Mereka lebih tahu menilai pemain berkualiti dan berbakat," tambah Shukri lagi.

Sementara itu beliau tetap bertegas mahu Ketua Jurulatih Interim Sri Pahang FC iaitu Dollah Salleh digantikan.

"Sepatutnya Fandi Ahmad dilantik sebagai Ketua Jurulatih, tak perlu ada interim. Kenapa letaklan beliau sekadar Penasihat Teknikal? Sedangkan pengurusan sudah sedia maklum kegagalan Dollah selama ini. Malah, Dollah terlibat dengan Skuad Tok Gajah sejak lama dulu. Cuma dua musim ini, penyokong amat terkesan dengan kegagalan demi kegagalan.


"Kenapa perlu kekalkan individu yang susah gagal? Pasukan lain, bila gagal terus tukar dan pecat, tapi Sri Pahang FC... gagal sebagai Ketua Jurulatih diangkat jadi Pengurus, kemudian jadi Ketua Jurulatih semula.. Apa semua ini? Penyokong seolah-olah dipermainkan. Maka ubahlah demi masa depan sukan bolasepak di Pahang," tambah Shukri lagi.

Tonton video kenyataan panas beliau, sila klik di sini https://youtu.be/gyvussxQ4XE #PDO



Demikianlah Artikel Menang 2-0 Ke Atas Selangor FC, Tetapi Para Penyokong Tetap Mahu Nama Pasukan, Dollah Salleh Dan Pengurusan Sri Pahang FC Di Tukar

Sekianlah artikel Menang 2-0 Ke Atas Selangor FC, Tetapi Para Penyokong Tetap Mahu Nama Pasukan, Dollah Salleh Dan Pengurusan Sri Pahang FC Di Tukar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menang 2-0 Ke Atas Selangor FC, Tetapi Para Penyokong Tetap Mahu Nama Pasukan, Dollah Salleh Dan Pengurusan Sri Pahang FC Di Tukar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/07/menang-2-0-ke-atas-selangor-fc-tetapi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Menang 2-0 Ke Atas Selangor FC, Tetapi Para Penyokong Tetap Mahu Nama Pasukan, Dollah Salleh Dan Pengurusan Sri Pahang FC Di Tukar"

Catat Ulasan

Loading...