Loading...

Kadar Cukai Kategori Perindustrian, ADUN DAP Dakwa MB Buat Kenyataan Yang Mengelirukan

Loading...
Kadar Cukai Kategori Perindustrian, ADUN DAP Dakwa MB Buat Kenyataan Yang Mengelirukan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kadar Cukai Kategori Perindustrian, ADUN DAP Dakwa MB Buat Kenyataan Yang Mengelirukan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kadar Cukai Kategori Perindustrian, ADUN DAP Dakwa MB Buat Kenyataan Yang Mengelirukan
link : Kadar Cukai Kategori Perindustrian, ADUN DAP Dakwa MB Buat Kenyataan Yang Mengelirukan

Baca juga


Kadar Cukai Kategori Perindustrian, ADUN DAP Dakwa MB Buat Kenyataan Yang Mengelirukan

BENTONG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengeluarkan kenyataan mengelirukan orang ramai terutamanya rakyat Pahang mengenai kadar cukai kategori perindustrian di negeri itu.

ADUN dari DAP yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang itu berkata, melalui kenyataan di Facebook Wan Rosdy menyatakan kadar cukai bagi kategori perindustrian adalah antara RM0.50 hingga RM0.70 semeter persegi.

“Namun beliau tidak menyatakan bahawa ini adalah kadar cukai yang telah dikurangkan setelah kadar cukai yang telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2022 mendapat bantahan akibat kenaikan mendadak.

“Kaedah-kaedah Tanah Pahang (Pindaan) (No 4) 2019 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2020, menyatakan bahawa kadar cukai tanah kategori perindustrian adalah sebanyak RM2.50 semeter persegi.

“Namun setelah mendapat bantahan daripada para pengusaha kerana kenaikan cukai yang mendadak, kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerja telah membuat keputusan untuk memberikan pengurangan sebanyak 80 peratus.

“Justeru, nilai cukai tanah kategori perindustrian telah dikurangkan ke RM 0.50 semeter persegi. Namun pengurangan ini tidak diwartakan secara sah. Ia hanya berdasarkan budi bicara kerajaan negeri. Maka kadar ini boleh dikenakan semula oleh kerajaan negeri apabila dirasakan perlu,” katanya dalam kenyataan.

Oleh itu Chin Chen menyeru Wan Rosdy agar berterus-terang dengan rakyat Pahang mengenai hal yang sebenar dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

“Jangan hanya menceritakan perkara yang manis, yang sedap untuk didengar rakyat dan menyembunyikan fakta sebenar.

“Ini adalah kerana kadar cukai kategori industri yang sah menurut undang-undang di negeri Pahang adalah sebanyak RM2.50 semeter persegi dan perkara ini perlu diakui oleh Menteri Besar Pahang,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kadar Cukai Kategori Perindustrian, ADUN DAP Dakwa MB Buat Kenyataan Yang Mengelirukan

Sekianlah artikel Kadar Cukai Kategori Perindustrian, ADUN DAP Dakwa MB Buat Kenyataan Yang Mengelirukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kadar Cukai Kategori Perindustrian, ADUN DAP Dakwa MB Buat Kenyataan Yang Mengelirukan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/kadar-cukai-kategori-perindustrian-adun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kadar Cukai Kategori Perindustrian, ADUN DAP Dakwa MB Buat Kenyataan Yang Mengelirukan"

Catat Ulasan

Loading...