Judul : Kerajaan Pahang 'Komited' Serta Bersungguh-Sungguh Membantu Perkasakan Agama Islam
link : Kerajaan Pahang 'Komited' Serta Bersungguh-Sungguh Membantu Perkasakan Agama Islam
Kerajaan Pahang 'Komited' Serta Bersungguh-Sungguh Membantu Perkasakan Agama Islam
JERANTUT - Kerajaan Pahang sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam membantu memperkasakan agama Islam di negeri ini.
Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini ditunjukan melalui pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan Pahang kepada institusi terlibat.
“Pahang sangat komited dan bersungguh-sungguh untuk membantu agama kita, kita bukan setakat bercakap malahan kita buat.
“Kita ada Sekolah Menengah Agama di Negeri Pahang, kita ada Maahad Tahfiz, yang mana kita sentiasa bagi galakan, bagi sokongan, kita bagi bantuan kewangan, dan kita sentiasa mendokong.
“Malahan dari setahun ke setahun kita nampak peningkatan atau pengiktirafan kepada guru-guru Sekolah Menengah Agama di Pahang ini kita memberi perhatian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Selawat Sempena Sambutan Maal Hijrah dan Penyampaian Insentif Kerajaan Pahang Kepada Pondok dan Tahfiz Daerah Jerantut dan Jengka di Madrasah An Nabawiyah Lid Dirasatil Islamiah, di sini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Dato’ Haji Nazri Ngah; barisan Exco Kerajaan Pahang dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris.
Beliau berkata Kerajaan Pahang berusaha sedaya upaya untuk memberikan pelajaran dan tenaga pengajar yang berkualiti kepada maahad tahfiz di negeri ini.
“Jadi kita minta supaya ianya terus berkembang dan yang lebih menariknya di Pahang ini tak kurang dari 10 tahun berturut-turut, Maahad Tahfiz di Pahang merupakan Maahad Tahfiz terbaik di negara kita.
“Ini tidak boleh dinafikan. Dan ini jelas menunjukkan bahawa kita bukan sahaja bercakap tetapi kita berusaha sedaya upaya. Kita ambil cikgu-cikgu yang bagus, ustaz-ustaz yang bagus daripada luar negeri, daripada luar negara supaya anak-anak kita mendapat pendidikan yang sewajarnya.
“Malahan ini dapat disukat dan diukur dan diberi pengiktirafan. Jadi itulah terbukti yang sangat jelas bahawa kita sangat mendokong perkembangan agama Islam di negeri kita dan juga di negara kita,” katanya.
Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan hampir RM150,000 sebagai sumbangan kepada maahad tahfiz dan pondok di negeri ini.
“Malahan kalau kita tengok pada hari ini sahaja Kerajaan Negeri membantu sebanyak hampir RM150,000 dan juga merupakan bantuan khas sebanyak RM3000 kepada setiap pondok Maahad tahfiz di Jerantut dan Jengka.
“Insentif berjumlah RM200 kepada 23 mudir madrasah, dan RM300 kepada guru yang hadir pada hari ini iaitu seramai 175 orang yang akan menerima sumbangan ini,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang 'Komited' Serta Bersungguh-Sungguh Membantu Perkasakan Agama Islam
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang 'Komited' Serta Bersungguh-Sungguh Membantu Perkasakan Agama Islam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/kerajaan-pahang-komited-serta.html
0 Response to "Kerajaan Pahang 'Komited' Serta Bersungguh-Sungguh Membantu Perkasakan Agama Islam"
Catat Ulasan