Loading...

Keluarga Pekebun "Terkejut", Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan

Loading...
Keluarga Pekebun "Terkejut", Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluarga Pekebun "Terkejut", Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluarga Pekebun "Terkejut", Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan
link : Keluarga Pekebun "Terkejut", Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan

Baca juga


Keluarga Pekebun "Terkejut", Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan

CAMERON HIGHLANDS - Sebuah keluarga pekebun di sini terkejut apabila diberitahu bahawa mereka tinggal setinggan di atas tanah kerajaan, walaupun telah membayar cukai kepada majlis tempatan selama lebih sedekad lalu.

Emiliene Esoothas, 26, berkata status “setinggan” itu terbongkar selepas bapanya, Esoothas Mariasoosai, 53, menyerahkan rumah dan tanah mereka kepada pemaju pada 2013 untuk dibangunkan galeri jualan, hartanah pameran serta laluan masuk ke tapak pembinaan pangsapuri baharu di situ.

Emiliene Esoothas

Katanya, bapanya diberitahu secara bertulis bahawa mereka akan diberikan rumah dua tingkat sebagai ganti atau boleh mendiami rumah contoh terbabit. Bagaimanapun, projek itu terbengkalai dan diisytiharkan sebagai “projek gagal” pada 2018.

Keluarga Esoothas terpaksa tinggal bersama saudara mereka sejak 2013 sementara menunggu rumah yang dijanjikan. Tahun lepas, keluarga itu berpindah ke tapak galeri terbiar yang telah dinaiki semak samun.

Namun, setahun kemudian, pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) menuntut supaya mereka meninggalkan premis itu kerana ia dibina secara haram di atas tanah Kerajaan Negeri Pahang. Dua bulan kemudian, polis dan jengkaut dihantar ke situ untuk mengusir mereka.

Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands memberitahu, secara teknikalnya, keluarga itu duduk secara setinggan dan menghalang projek kerajaan yang dirancang di kawasan berkenaan.

Emiliene berkata, dakwaan ini mengejutkan kerana bapanya telah membayar cukai taksiran majlis dan yuran lain berkaitan kerajaan selama lebih sedekad.

Galeri pameran dan rumah Esoothas Mariasoosai di jalan utama di Ladang Kea, 
Cameron Highlands, sebelum ia dirobohkan.

Katanya, apabila ditanya kepada wakil pejabat itu mengapa bayaran diterima selama ini, ia tidak dijawab dan keluarganya hanya diminta untuk mencari “tanah lain”.

“Kami hanya mahukan tanah gantian dan tempat tinggal supaya dapat menjalankan perniagaan nurseri seperti biasa. Tetapi lot yang ada hanya tanah rizab Melayu,” katanya.

Keluarga itu kini mahu mengambil tindakan undang-undang.

“Kami tiada pilihan selain memperjuangkan hak kami,” katanya.

Dalam emel, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands berkata, keluarga itu diminta meninggalkan kawasan berkenaan untuk memberi laluan kepada projek Kompleks Penghulu Mukim Ulu Tenom.

Galeri pameran dan rumah Esoothas Mariasoosai di jalan utama di Ladang Kea, Cameron Highlands, sebelum ia dirobohkan.

Katanya, papan tanda telah didirikan untuk memaklumkan mengenai pengusiran yang akan berlaku seawal Mac tahun lepas, 15 bulan sebelum mereka dipaksa keluar.

Pejabat itu menjelaskan, pegawai telah bertemu keluarga berkenaan pada April dan Jun, menasihatkan mereka berpindah.

Menurut pejabat daerah itu, tiada Lesen Pendudukan Sementara (TOL) pernah dikeluarkan kepada keluarga itu dan mereka boleh diusir tanpa notis kerana tinggal setinggan di tanah kerajaan.

“Pada 2011, penduduk secara haram menyerahkan tanah itu kepada pemaju untuk membina pejabat jualan dan galeri pameran tanpa kebenaran kerajaan.

“Pertimbangan sewajarnya telah diberikan selepas mendapati penghuni mempunyai pangsapuri sendiri di tempat lain dan pengusiran itu tidak akan menjejaskan kelangsungan hidup mereka,” kata pejabat daerah.

“Kami juga tidak merobohkan sebarang struktur dan penguatkuasa tidak menggunakan kekerasan, memberi masa kepada penduduk memindahkan barangan mereka. Bagaimanapun, mereka sendiri yang mula mencabut pagar, bumbung dan struktur lain ketika tindakan penguatkuasaan diambil.

Berhubung kutipan cukai taksiran yang berterusan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands, pejabat itu tidak menyatakan mengapa bayaran diterima, dan berkata, hakikatnya tanah itu diduduki secara haram. #sumber



Demikianlah Artikel Keluarga Pekebun "Terkejut", Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan

Sekianlah artikel Keluarga Pekebun "Terkejut", Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluarga Pekebun "Terkejut", Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/keluarga-pekebun-terkejut-di-usir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Keluarga Pekebun "Terkejut", Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan"

Catat Ulasan

Loading...