Loading...

Zahid Yakin "Pilihan Raya Umum Ke-15" Tahun Ini, Ambil Kira Isu ‘Direka Cipta’ Pembangkang

Loading...
Zahid Yakin "Pilihan Raya Umum Ke-15" Tahun Ini, Ambil Kira Isu ‘Direka Cipta’ Pembangkang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Yakin "Pilihan Raya Umum Ke-15" Tahun Ini, Ambil Kira Isu ‘Direka Cipta’ Pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Yakin "Pilihan Raya Umum Ke-15" Tahun Ini, Ambil Kira Isu ‘Direka Cipta’ Pembangkang
link : Zahid Yakin "Pilihan Raya Umum Ke-15" Tahun Ini, Ambil Kira Isu ‘Direka Cipta’ Pembangkang

Baca juga


Zahid Yakin "Pilihan Raya Umum Ke-15" Tahun Ini, Ambil Kira Isu ‘Direka Cipta’ Pembangkang

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjangka pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, mengambil kira isu “direka cipta” pembangkang dengan terbaharu berkait kapal tempur pesisir (LCS).

Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, isu akan terus timbul dan direka pembangkang, menjadikan peluang bagi gabungan itu mendominasi PRU15 terlepas.

Zahid berkata, beliau tahu pembangkang kini mereka cipta isu untuk memburukkan BN dan terbaharu, mereka menggunakan LCS milik tentera laut, sama seperti 1MDB pada PRU14.

“Jika dibiarkan lebih lama, peluang untuk BN mendominasi PRU15 terlepas kerana isu direka cipta pembangkang.

“Kita sudah bincang dengan ‘Top 5’ termasuk perdana menteri (PM) yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ini bacaan saya, pilihan raya pada tahun ini juga…bacaan PM, saya percaya beliau akan mendengar nasihat dan pandangan kita.

“Beliau (PM) orang parti dan sebagai pemimpin sudah pasti tahu masa sesuai kerana isu akan terus timbul dan direka yang mana pembangkang menjadikan budaya kebencian ditanamkan kepada parti kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Zahid berkata, pembangkang cuba menggunakan isu LCS demi kepentingan politik mereka.

Namun, katanya, isu itu sudah dijawab dengan cepat pasukan media sosial BN dan momentum itu perlu diteruskan pasukan media sosial parti termasuk Wanita BN.

“TLDM juga sudah menjawab, malah menteri pertahanan sudah bawa media pergi dan melihat sendiri kapal LCS ini. Adakah logik mereka kata kapal halimunan, kata LCS yang dirasmikan adalah kapal contoh daripada kayu, saya pernah jadi menteri pertahanan, saya tahu isu ini.

“Dulu saya dicabar kerana kata kapal selam tidak boleh menyelam, ketika Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA) saya bawa dan ajak Lim Guan Eng lihat sendiri.

“Namun, selepas rasai pengalaman naik kapal selam, beliau tidak cakap apa dan peristiwa ini menunjukkan pembangkang kreatif membuat persepsi negatif kepada kerajaan,” katanya.

Justeru, beliau menggesa ahli BN yang mempunyai media sosial menggunakannya untuk menjawab segera persepsi negatif supaya dapat dihapuskan dan tidak mempengaruhi pengundi.

“Jangan mengambil sikap tunggu dan membiarkan ia menjadi tular, sebaliknya segera menjawab isu, saya lihat ramai yang apabila dapat maklumat kongsi dengan rakan sebarkan, tetapi tidak jawab dan mempertahankan parti,” katanya.

Beliau berkata, seperti isu pendanaan politik dibangkitkan di mahkamah, hanya seorang didakwa walaupun ada ramai disebut menerima dana berkenaan termasuk Perdana Menteri yang mentadbir 22 bulan dan PM yang berkhidmat 17 bulan.

“Orang parti perlu bantu menjawab dan tangkis tuduhan menjatuhkan parti,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Zahid Yakin "Pilihan Raya Umum Ke-15" Tahun Ini, Ambil Kira Isu ‘Direka Cipta’ Pembangkang

Sekianlah artikel Zahid Yakin "Pilihan Raya Umum Ke-15" Tahun Ini, Ambil Kira Isu ‘Direka Cipta’ Pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Yakin "Pilihan Raya Umum Ke-15" Tahun Ini, Ambil Kira Isu ‘Direka Cipta’ Pembangkang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/zahid-yakin-pilihan-raya-umum-ke-15.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zahid Yakin "Pilihan Raya Umum Ke-15" Tahun Ini, Ambil Kira Isu ‘Direka Cipta’ Pembangkang"

Catat Ulasan

Loading...