Judul : Polis Pahang Sudah Bersedia Bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 Ini, 'Bila-Bila Masa' !
link : Polis Pahang Sudah Bersedia Bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 Ini, 'Bila-Bila Masa' !
Polis Pahang Sudah Bersedia Bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 Ini, 'Bila-Bila Masa' !
KUANTAN - Polis Pahang sudah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya diadakan pada bila-bila masa.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebagai persediaan, beberapa faktor sudah dikenal pasti dalam usaha menambah baik tahap kesiapsiagaan termasuk jumlah keanggotaan sepanjang pilihan raya itu.
"Polis Pahang mempunyai kira-kira 5,000 pegawai serta anggota, dan setakat ini ia mencukupi bagi menghadapi PRU15. Di Pahang, kita tidak nampak masalah besar dan tidak ada kekecohan.
"Bagaimanapun, segala kemungkinan boleh berlaku dan kita sentiasa bersedia untuk memastikan segalanya berjalan lancar," katanya.
Ramli berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Pahang baharu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.
Bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berjalan lancar, beliau berkata, latihan dan strategi akan dipertingkatkan kerana situasi PRU15 dan PRU14 berbeza.
"Semua perlu diambil kira dan sekiranya PRU15 ini berjalan, kita harap kita telah pun bersedia dengan kelengkapan sama ada secara fizikal, mental atau keadaan geografi," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Polis Pahang Sudah Bersedia Bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 Ini, 'Bila-Bila Masa' !
Anda sekarang membaca artikel Polis Pahang Sudah Bersedia Bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 Ini, 'Bila-Bila Masa' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/polis-pahang-sudah-bersedia-bagi.html
0 Response to "Polis Pahang Sudah Bersedia Bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 Ini, 'Bila-Bila Masa' !"
Catat Ulasan