Loading...

Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib!

Loading...
Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib!
link : Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib!

Baca juga


Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib!

 

KUANTAN: Semua pihak perlu mengambil pengajaran keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk masa depan lebih baik.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Maran, Datuk Jasri Jamaludin berkata, ia juga sebagai permulaan baharu untuk membawa negara ke arah yang lebih baik.

“Membetulkan kerosakan dalam pemerintahan, mengutamakan perkara kebajikan untuk rakyat dan mempercepatkan pemulihan ekonomi.

“Kerajaan sudah pasti boleh membuat perancangan menyeluruh semasa pembentangan Bajet 2023 dalam masa terdekat, selari dengan Wawasan Kesejahteraan Negara 2030,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jasri berkata, keputusan tersebut menunjukan tiada sesiapa boleh lari dari undang-undang dan ia memberi kesan yang besar terutama pandangan masyarakat antarabangsa kepada negara ini.

Beliau berkata, media asing di seluruh dunia membawa berita ini sebagai tajuk utama di negara mereka terutama media-media antarabangsa.

“Ini memberi gambaran sistem kehakiman negara mempunyai integriti cukup tinggi dan telus tanpa sebarang campur tangan politik.

“Apabila  mahkamah mengekalkan sabitan dan membawa Najib terus ke penjara, maruah negara yang tercalar disebabkan isu SRC International dan skandal 1MDB dapat dikembalikan.

“Walaupun isu rasuah 1MDB berjumlah RM2.6 bilion masih berjalan di mahkamah, sekurang-kurangnya dunia melihat Malaysia serius dalam menangani isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ia juga akan dapat mengembalikan kepercayaan serta keyakinan pelabur asing kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, keputusan ini juga memperlihatkan perjuangan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berani menegur pemimpin negara yang melakukan salah guna kuasa sewaktu beliau berada dalam kerajaan sebelum ini berhasil. #sumber



Demikianlah Artikel Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib!

Sekianlah artikel Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/semua-pihak-perlu-ambil-perhatian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib!"

Catat Ulasan

Loading...