Loading...

Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu !

Loading...
Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu !
link : Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu !

Baca juga


Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu !

 

KUANTAN - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly, akan menjadi ‘caretaker’ jawatan Ketua UMNO Pekan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap penyandangnya, Najib Razak.

“Tim (Timbalan) sebagai pemangku ketua bahagian,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, di sini, hari ini.

Terdahulu, Wan Rosdy, menerusi kenyataan di media sosialnya, berkata Parlimen Pekan akan dijaga, diurus tadbir dan diberikan perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat, selain bekas Perdana Menteri itu disifatkan amat berjasa kepada Pahang dan negara.

“Bagi kami, amat besar jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Najib dalam membangun dan memajukan Pahang serta negara ini sepanjang perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri dan menteri besar Pahang satu ketika dahulu.

“Justeru, kami amat menghargai setiap jasa, keringat dan sumbangan yang telah beliau curahkan selama ini, katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Pekan, Datuk Seri Ishak Muhammad, berkata timbalan ketua UMNO Pekan dijangka akan memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan perkara yang berbangkit daripada keputusan semalam.

“Timbalan akan lakukan dan kita akan berbincang bersama-sama. Apa-apa keputusan akan dibuat bersama-sama,” katanya ringkas.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. #sumber



Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu !

Sekianlah artikel Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/08/wan-rosdy-timbalan-ketua-umno-pekan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu !"

Catat Ulasan

Loading...