Loading...

Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti

Loading...
Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti
link : Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti

Baca juga


Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti

 

PUTRAJAYA - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberikan bayangan bahawa parti itu perlu menerima kerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut Annuar, pendirian PAS untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO seperti yang diterjemahkan dalam muktamarnya baru-baru ini, perlu dilihat secara positif.

"Saya mengikuti dengan rapat muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan resolusi yang diputuskan di muktamar tersebut.

"PAS telah mengambil satu langkah strategik bila mengistiharkan dasar meneruskan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Pendirian PAS harus dilihat secara positif dan terbuka. Strategi PRU15 perlu digarap rapi dan bukan atas dasar emosi, atau kepentingan diri," kata Annuar dalam satu kenyataan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata PRU perlu disegerakan sebaik saja UMNO bersiap siaga daripada semua sudut.

"Salah satu dari kesiapsiagaan terpenting adalah the winning formula, formula untuk menang. Menyegerakan PRU bagi memenuhi tujuan lain, tetapi jika membawa padah, adalah satu tindakan "kamikaze" politik buat UMNO. Kita harus elakkan itu.

"Kita harus membuat kajian terperinci dan objektif. Data dan hasil penyelidikan yang rapi diperlukan. Kesilapan lampau jangan berulang," kata Annuar.

Perpaduan Melayu teras kekuatan UMNO

Tambah Annuar, politik negara hanya stabil jika teras dan tiang seri politik kukuh, dengan berpaksikan politik orang Melayu yang mantap.

"Strategi musuh adalah untuk melihat politik Melayu lemah. Ia lemah bila orang Melayu berpecah.

"Perpaduan Melayu menjadi teras kekuatan UMNO selama ini. Sejak penubuhannya pada 1946, UMNO adalah tonggak perpaduan orang Melayu yang paling utama.

"UMNO tidak harus terjun dalam PRU tanpa menyempurnakan penyatuan Melayu, apa lagi cuba bergerak solo dalam situasi politik yang sudah banyak berubah," katanya.

Usul penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu- Islam yang dibawa Dewan Ulama PAS Pusat diterima sebulat suara dalam muktamar parti itu semalam, dengan menyertakan UMNO di dalamnya.

Pun begitu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berulangkali menegaskan tidak akan bekerjasama dan melakukan rundingan dengan PAS.

PAS melalui muktamarnya juga mempertahankan dakwaan bahawa parti itu mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertentu dalam UMNO dan menegaskan ia menunjukkan perkembangan positif.

Parti Islam itu juga memberi gambaran bahawa rundingan tersebut berlaku tanpa pembabitan Zahid Hamidi. #sumber



Demikianlah Artikel Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti

Sekianlah artikel Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/annuar-beri-bayangan-umno-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti"

Catat Ulasan

Loading...