Loading...

Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa !

Loading...
Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa !
link : Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa !

Baca juga


Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa !

 

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah ketegasan prinsip keadilan Islam tidak membenarkan sebarang ketidakadilan kepada sesiapa termasuk golongan mereka yang tidak disenangi.

Baginda bertitah, pada masa sama, keadilan Islam juga tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan sama ada terhadap diri sendiri, teman rapat, kaum keluarga, ibu dan bapa.

Titahnya, prinsip melaksanakan keadilan di dalam Islam itu sudah difirmankan oleh Allah seperti mana yang termaktub dalam surah An-Nisaa, ayat ke-135.

"Hakikatnya, undang-undang hanya memiliki satu bahasa, satu prinsip, satu hukuman dan satu aplikasi kepada sesiapa sahaja.

"Keadilan yang diamalkan tanpa memilih kasih berjaya mengangkat martabat Islam pada zaman Rasulullah SAW malah prinsip keadilan yang telus lagi terbuka turut berjaya membangunkan satu masyarakat yang adil, saksama, makmur dan sejahtera," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian dan pemasyuhuran Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, di sini, hari ini.

Turut mencemar duli, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hadir pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, di Indera Mahkota.

Pada masa sama, Al-Sultan Abdullah bertitah, perintah Allah SWT yang terkandung dalam ayat al-Quran itu mengenai keadilan dalam Islam turut diperkukuhkan dengan hadis Rasulullah SAW.

Titahnya, hadis itu bermaksud, 'Sesungguhnya telah biasa orang-orang yang sebelum kamu iaitu sekiranya yang mencuri itu yang berpangkat tinggi, lalu mereka dibiarkan sahaja, tetapi jika yang mencuri itu mereka yang lemah, lalu dengan segera dijatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, yang aku di dalam kekuasaannya, kalaulah Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya aku potongkan tangannya." #sumber



Demikianlah Artikel Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa !

Sekianlah artikel Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/prinsip-keadilan-islam-tak-berikan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa !"

Catat Ulasan

Loading...