Judul : Dakwaan 'Fitnah' Terhadap Abd Latiff Ahmad, Pihak Polis Merampas Telefon Bimbit Rafizi !
link : Dakwaan 'Fitnah' Terhadap Abd Latiff Ahmad, Pihak Polis Merampas Telefon Bimbit Rafizi !
Dakwaan 'Fitnah' Terhadap Abd Latiff Ahmad, Pihak Polis Merampas Telefon Bimbit Rafizi !
KUALA LUMPUR - Polis merampas seunit telefon bimbit milik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk siasatan susulan dakwaan fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abd Latiff Ahmad.
Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata pihaknya selesai merakam keterangan Rafizi dengan siasatan masih diteruskan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kesalahan memfitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik),” katanya.
Terdahulu, Rafizi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira 3 petang tadi bersama tiga peguam, iaitu Adi Zulkarnain Zulkafli, Mohd Ashraf Othman dan Nik Zarith Nik Moustpha, selain diiringi kira-kira 30 penyokong.
Proses merakam keterangan selesai kira-kira 4.30 petang.
Rafizi ketika ditemui berkata, pihak polis memberi layanan baik dan beliau memberikan kerjasama sepanjang proses itu berjalan.
Selasa lalu, pegawai Latiff membuat laporan polis terhadap Rafizi yang disifatkan fitnah bertujuan merosakkan nama baik Ahli Parlimen Mersing itu.
Rafizi didakwa menyiarkan empat kenyataan dan tohmahan pada 22, 25, 26 dan 29 Ogos lalu di blog serta menyiarkan semula di Facebook, Twitter dan TikTok. #sumber
Demikianlah Artikel Dakwaan 'Fitnah' Terhadap Abd Latiff Ahmad, Pihak Polis Merampas Telefon Bimbit Rafizi !
Anda sekarang membaca artikel Dakwaan 'Fitnah' Terhadap Abd Latiff Ahmad, Pihak Polis Merampas Telefon Bimbit Rafizi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/dakwaan-fitnah-terhadap-abd-latiff.html

0 Response to "Dakwaan 'Fitnah' Terhadap Abd Latiff Ahmad, Pihak Polis Merampas Telefon Bimbit Rafizi !"
Catat Ulasan