Judul : Perbarisan Hari Kebangsaan, Tindakan ADUN Pulau Tawar Bawa Waris Mat Kilau Yang 'Sah' Langkah Tepat Bagi Buktikan Kewujudannya !
link : Perbarisan Hari Kebangsaan, Tindakan ADUN Pulau Tawar Bawa Waris Mat Kilau Yang 'Sah' Langkah Tepat Bagi Buktikan Kewujudannya !
Perbarisan Hari Kebangsaan, Tindakan ADUN Pulau Tawar Bawa Waris Mat Kilau Yang 'Sah' Langkah Tepat Bagi Buktikan Kewujudannya !
Ramai pihak tertanya-tanya, kenapa perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-65 di Kuantan baru-baru ini hanya melibat waris Mat Kilau dari Pulau Tawar.
Pengumuman yang dibuat menerusi pembesar suara amat mengejutkan. Waris Mat Kilau menyertai perbarisan tersebut atas daya usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar sendiri iaitu Dato' Sri Haji Nazri Ngah.
Diumumkan, perbarisan itu disertai oleh 30 orang cicit, muit dan waris-waris Mat Kilau dari tempat kelahiran pahlawan Melayu tersebut, Pulau Tawar.
Persoalannya, kenapa waris-waris terutama yang bergelar 'cucu Mat Kilau' dan waris-waris Batu Lima, Jalan Gambang tidak dilibatkan sama?.
Apakah benar ada dakwaan, Mat Kilau sebenarnya hanya ada 'waeis angkat' sahaja di Batu Lima dan bukannya waris dari salur galur yang sah seperti dilaporkan sebelum ini.
Malah, terdapat dakwaan waris Mat Kilau Batu Lima, tidak lagi dibenarkan bersuara atau mendakwa mereka adalah keturunan Mat Kilau yang sah.
Timbul persoalan, kenapa pihak masjid sendiri mengesahkannya jika ia tidak benar. Kontroversi siapakah waris Mat Kilau yang saha menjadi panas, selepas populariti filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof meletop baru-baru ini.
Malah, ada pihak mengaku mereka waris Mat Kilau yang sah dan menafikan pihak yang lain, terutamanya dari Pulau Tawar sendiri. Lantaran ini, ramai yang mula sangsi atas pengakuan yang dibuat, kerana tiada bukti salasilah dan pihak yang mengesahkannya.
Jika pada tahun 1969, Kerajaan Pahamg tubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan tersebut. Hari ini, ada pihak yang secara terbuka mengaku waris sah hingga menenggelamkan waris asal yang masih wujud di Pulau Tawar hingga ke hari ini.
Justeru, langkah ADUN Pulau Tawar membawa kontijen waris Mat Kilau sertai perbarisan hari kebangsaan baru-baru ini adalah langkah tepat untuk membuktikan wujudnya waris sah dari salur galur dan nasab keturunan asal Mat Kilau bersama Yang Chik dari Pulau Tawar.
Ini membuktikan mereka semua masih wujud dan ada di Pulau Tawar. Selama ini kisah mereka tenggelam gara-gara semua pihak hanya tertumpu kepada pihak yang mendakwa mereka waris sah Mat Kilau iaitu dari Batu Lima, Jalan Gambang semata-mata.
Sekurang-kurangnya, ia membuka mata pihak-pihak tertentu agar tidak sesuka hati membuat pengakuan terbuka kononnya mereka ada waris sah pahlawan Melayu Pahang itu. #PDO
Demikianlah Artikel Perbarisan Hari Kebangsaan, Tindakan ADUN Pulau Tawar Bawa Waris Mat Kilau Yang 'Sah' Langkah Tepat Bagi Buktikan Kewujudannya !
Anda sekarang membaca artikel Perbarisan Hari Kebangsaan, Tindakan ADUN Pulau Tawar Bawa Waris Mat Kilau Yang 'Sah' Langkah Tepat Bagi Buktikan Kewujudannya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/perbarisan-hari-kebangsaan-tindakan.html

0 Response to "Perbarisan Hari Kebangsaan, Tindakan ADUN Pulau Tawar Bawa Waris Mat Kilau Yang 'Sah' Langkah Tepat Bagi Buktikan Kewujudannya !"
Catat Ulasan