Loading...

Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini

Loading...
Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini
link : Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini

Baca juga


Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini

 

PEKAN - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) perlu memastikan kempen penanaman 100 juta pokok dapat terus aktif sepanjang tahun.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata terdapat negeri yang dilihat kurang aktif melakukan aktiviti menanam pokok.

"Seluruh negara kita berjaya menanam lebih 40 juta pokok dan saya yakin jumlah berkenaan akan terus bertambah dalam tempoh tiga bulan, tahun ini.

"Di Pahang sebanyak 4.9 juga pokok telah ditanam menerusi kempen penanaman lima juta pokok peringkat negeri yang ditetapkan," katanya pada Program Penanaman Pokok dan Penggayaan Tasik Chini, di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Rosli Isa dan Ketua Pengarah JPSM, Datuk Mohd Ridza Awang.

Sempena program dua hari itu sebanyak 1,000 pokok balak spesies Merawan Siput Jantan dan Meranti Temak Nipis ditanam secara gotong-royong oleh 250 kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang termasuk penduduk setempat, sukarelawan dan penuntut Insititut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, pihaknya menyediakan peruntukan bagi membantu memulihara dan memelihara Tasik Chini sambil dibantu oleh kerajaan negeri.

"Pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara kawasan Tasik Chini antaranya ialah penghijauan bumi itu sendiri dengan penanaman pokok penutup bumi dan pokok berkayu selain melaksanakan penguatkuasaan dan menghentikan aktiviti melombong.

"Pusat penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terdapat di Tasik Chini turut bertanggungjawab melakukan kajian dalam usaha memulihara dan memelihara Tasik Chini yang diwartakan sebagai Tapak Rizab Biosfera pertama di negara ini yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) menerusi Program Man and the Biosphere (MAB) pada 26 Mei 2009," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini

Sekianlah artikel Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/kerajaan-pusat-sedia-peruntukan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini"

Catat Ulasan

Loading...