Loading...

Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC

Loading...
Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC
link : Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC

Baca juga


Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC

 

KUANTAN - Kuala Lumpur City FC (KL City) mempamerkan persembahan meyakinkan selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, semalam.

Biarpun diuji dengan percubaan berbahaya oleh David Rowley ketika perlawanan berlangsung 30 saat, pelawat jelas tampil bertenaga.

Pada perlawanan itu, Rowley hampir menjaringkan gol pendahuluan sebaik perlawanan bermula tetapi bola sepakan pemain tengah itu berjaya ditangkap penjaga gol KL City, Kevin Mendoza.

Selepas itu tiada lagi percubaan yang berbahaya dilakukan pemain tuan rumah dalam usaha mendalului pasukan lawan.

Sebaliknya, KL City yang memberikan tekanan apabila hampir berpeluang menjaringkan gol pendahuluan hasil sentuhan Muhammad Haqimi Azim Rosli tetapi bola tendangan penyerang muda itu diselamatkan penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa pada minit ke-16.

Pada minit ke-27, pemain import lawan, Rolel Morales turut berpeluang untuk membolosi gawang tetapi gagal diterjemahkan.

Namun, tiga minit kemudian, Muhammad Haqimi Azim menebus kehampaan apabika menjaringkan gol pendahuluan untuk memastikan KL City selesa di hadapan.

Ketinggalan 0-1, Sri Pahang berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi terpaksa akur keputusan itu kekal sebaik tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang memiliki peluang terutama menerusi rembatan Manuel Hidalgo dari luar kotak penalti tetapi bola tersasar di sebelah kanan gawang KL City pada minit ke-61.

Pada minit ke-72, KL City berjaya menambah gol kedua hasil sentuhan kapten pasukan, Zhafri Yahya yang menewaskan Samassa buat kali kedua.

Tidak mahu terlepas mata, Sri Pahang berusaha untuk menjaringkan gol namun segalanya serba tidak menjadi dan terpaksa akur tewas di halaman sendiri. #sumber



Demikianlah Artikel Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC

Sekianlah artikel Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/09/liga-super-sri-pahang-rebah-di-laman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC"

Catat Ulasan

Loading...