Judul : 8,000 Penjawat Awam Negeri Pahang Akan Terima Bonus Sebulan Setengah Gaji
link : 8,000 Penjawat Awam Negeri Pahang Akan Terima Bonus Sebulan Setengah Gaji
8,000 Penjawat Awam Negeri Pahang Akan Terima Bonus Sebulan Setengah Gaji
KUANTAN - Pemberian bonus satu setengah bulan gaji diberikan kepada 8,000 penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2023.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian itu adalah sebagai menghargai khidmat bakti penjawat awam dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat dapat dicapai.
"Pembayaran bonus sebulan gaji akan dibayar pada tahun ini manakala setengah bulan lagi pada Januari 2023.
"Pemberian ini membabitkan aplikasi kewangan RM33 juta kepada 8,000 penjawat awam di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.
Wan Rosdy turut mengumumkan beberapa bayaran insentif lain termasuk satu sumbangan sekali bayar banyak RM250 kepada semua 300 orang penyelia dan petugas pusat pemulihan dalam komuniti (PDK).
Jelasnya, bayaran insentif itu membabitkan peruntukan RM75,000 sebagai usaha untuk mengiktiraf komitmen pekerja, pendidik dan pengasuh orang kurang upaya (OKU).
“Selain itu, kita turut menganjurkan Karnival Sukan OKU PPDK Negeri Pahang melibatkan peruntukan sebanyak RM250,000 dan berhasrat mewujudkan Geran Pembangunan dan Insentif Khas OKU Negeri yang akan melibatkan peruntukan sebanyak RM850,000,” kata beliau.
Selain itu, Wan Rosdy memaklumkan pemberian apresiasi dan penghargaan turut diperuntukkan kepada 9,000 penerima terdiri daripada veteran tentera dan polis.
Menurutnya, mereka akan menerima pemberian sebanyak RM200 setiap seorang dan melibatkan aplikasi kewangan sebanyak RM1.8 juta.
“Persatuan Isteri Tentera (BAKAT) dan Polis (PERKEP) negeri yang akan menerima RM50,000 bagi setiap persatuan dengan jumlah sebanyak RM100,000
“Pesara kerajaan negeri pula akan menerima RM200 melibatkan 4,500 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM900,000,” jelas beliau pada sesi pembentangan Belanjawan Pahang 2023.
alam pada itu, kerajaan Pahang akan meneruskan Program Anggun Niaga pada tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM750,000.
Tegasnnya, ia dapat dimanfaatkan oleh 700 ibu tunggal di seluruh negeri dengan memperoleh modal perniagaan sebanyak RM1,000 seorang.
Menurut Wan Rosdy, sebagai sebuah kerajaan yang dipimpin dengan keprihatinan, tahun hadapan bakal menyaksikan agenda kebajikan rakyat Pahang menikmati satu gandaan yang besar.
“Saya mulakan dengan Bantuan Prihatin Pahang 2023 secara bersasar yang akan melibatkan RM42.4 juta. Berbanding tahun ini, peruntukan tahun hadapan meningkat sebanyak RM8 juta dan akan melibatkan seramai 218,193 orang penerima.
“Antara penerima termasuklah pelajar dan anak muda seperti pelajar tahfiz, mahasiswa, dan food rider; golongan B40 seperti ibu tunggal miskin, anak yatim, nelayan, petani dan pemandu teksi; masyarakat umum seperti orang asli, pemandu bot pelancong dan malim gunung, OKU, masjid dan surau, jemaah haji, mualaf dan warga emas,” jelas beliau. #sumber
Demikianlah Artikel 8,000 Penjawat Awam Negeri Pahang Akan Terima Bonus Sebulan Setengah Gaji
Anda sekarang membaca artikel 8,000 Penjawat Awam Negeri Pahang Akan Terima Bonus Sebulan Setengah Gaji dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/8000-penjawat-awam-negeri-pahang-akan.html
0 Response to "8,000 Penjawat Awam Negeri Pahang Akan Terima Bonus Sebulan Setengah Gaji"
Catat Ulasan