Loading...

Pahang Sasar Kutipan Hasil Negeri Cecah RM1.083 Bilion Pada Tahun Hadapan !

Loading...
Pahang Sasar Kutipan Hasil Negeri Cecah RM1.083 Bilion Pada Tahun Hadapan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Sasar Kutipan Hasil Negeri Cecah RM1.083 Bilion Pada Tahun Hadapan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Sasar Kutipan Hasil Negeri Cecah RM1.083 Bilion Pada Tahun Hadapan !
link : Pahang Sasar Kutipan Hasil Negeri Cecah RM1.083 Bilion Pada Tahun Hadapan !

Baca juga


Pahang Sasar Kutipan Hasil Negeri Cecah RM1.083 Bilion Pada Tahun Hadapan !

KUANTAN - Kerajaan Pahang menyasarkan kutipan hasil negeri mencecah RM1.083 bilion pada tahun hadapan. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sasaran unjuran hasil itu adalah yang paling tinggi dalam sejarah, dengan peningkatan sebanyak 4.52 peratus, berbanding belanjawan tahun 2022 sebanyak RM1.037 bilion.

Beliau menjelaskan daripada jumlah itu, sebanyak RM1.071 bilion akan diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus.

"Ia merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian, bayaran tetap, perbelanjaan lain dan aset, dengan peningkatan sebanyak RM40 juta atau 3.73 peratus berbanding tahun 2022.

"Bagi perbelanjaan pembangunan, peruntukan yang akan disediakan adalah sebanyak RM 318.83 juta.

"Jumlah ini merangkumi projek infrastruktur, RM143.53 juta dengan pembiayaan secara langsung manakala RM175.30 juta atau 54.98 peratus, adalah daripada pinjaman kerajaan persekutuan bagi membiayai projek bekalan air," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera yang telah dipilih menjadi pasak utama kepada keseluruhan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2023.

Wan Rosdy memaklumkan lima strategi belanjawan utama iaitu merangsang kemajuan ekonomi, memperkukuh tadbir urus, membangun insfrastruktur yang mampan, menjamin kesejahteraan rakyat dan membina generasi masa depan yang gemilang.

Jelasnya, strategi ini bagi memastikan sasaran kutipan hasil pada tahun 2023 dapat dicapai dengan sebaiknya.

“Jumlah sasaran ini adalah peningkatan sebanyak RM31.66 juta ringgit atau 4.91 peratus berbanding sasaran pada tahun ini 2022,” kata beliau lagi.

Sebelum itu, Wan Rosdy memberitahu kerajaan Pahang telah berjaya mencapai melebihi 100 peratus sasaran kutipan hasil negeri iaitu sebanyak RM1.037 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan sebelum ini dalam Belanjawan Pahang 2022 iaitu sebanyak RM1.036 bilion.

Beliau menyifatkan, ia satu pencapaian membanggakan negeri ini kerana buat julung kalinya Pahang berjaya mencapai hasil mencecah RM1 bilion.

"Kejayaan ini meletakkan Pahang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri maju yang lain seperti Johor dan Selangor.

"Sehingga 30 September lalu, Pahang telah berjaya mengumpulkan pelaburan berjumlah RM20.56 bilion melibatkan RM9.55 bilion pelaburan domestik dan RM11.01 bilion melangkaui sasaran RM18 bilion ringgit yang disasarkan sebelum ini.

“Statistik ini adalah petunjuk jelas keyakinan para pelabur terhadap potensi serta kestabilan yang ada di negeri ini,” ujarnya ketika sesi pembentangan itu.

Selain itu, Wan Rosdy berkata, Pahang juga telah berjaya mengurangkan sebanyak 71.24 peratus hutang kerajaan negeri secara purata.

Jelasnya, pengurangan itu dianggarkan 17.8 peratus hutang negeri setiap tahun dalam tempoh empat tahun pentadbiran.

“Jika trend ini berjaya diteruskan, dengan momentum serta kesungguhan yang dipamerkan semua pihak, tidak mustahil Pahang akan berjaya mengurangkan lagi hutang negeri, insya-ALLAH,” tegas beliau. #sumber



Demikianlah Artikel Pahang Sasar Kutipan Hasil Negeri Cecah RM1.083 Bilion Pada Tahun Hadapan !

Sekianlah artikel Pahang Sasar Kutipan Hasil Negeri Cecah RM1.083 Bilion Pada Tahun Hadapan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Sasar Kutipan Hasil Negeri Cecah RM1.083 Bilion Pada Tahun Hadapan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/pahang-sasar-kutipan-hasil-negeri-cecah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Sasar Kutipan Hasil Negeri Cecah RM1.083 Bilion Pada Tahun Hadapan !"

Catat Ulasan

Loading...