Loading...

ADUN Ketari Gesa Menteri Besar Pahang Segera 'Selesaikan' Masalah Bekalan Air !

Loading...
ADUN Ketari Gesa Menteri Besar Pahang Segera 'Selesaikan' Masalah Bekalan Air ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN Ketari Gesa Menteri Besar Pahang Segera 'Selesaikan' Masalah Bekalan Air !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN Ketari Gesa Menteri Besar Pahang Segera 'Selesaikan' Masalah Bekalan Air !
link : ADUN Ketari Gesa Menteri Besar Pahang Segera 'Selesaikan' Masalah Bekalan Air !

Baca juga


ADUN Ketari Gesa Menteri Besar Pahang Segera 'Selesaikan' Masalah Bekalan Air !


KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail digesa campur tangan dalam menangani masalah air di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman menegaskan kerajaan negeri perlu ada ‘urgency’ untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Justeru itu, katanya dengan peruntukan RM322 juta untuk membiayai 14 projek perkhidmatan bekalan air tahun hadapan, masalah itu diharap dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Ketari meneliti semua usaha yang telah disenaraikan oleh Menteri Besar berkaitan dengan isu air di negeri Pahang.

“Ketari berharap rancangan yang dirancang ini akan siap pada waktu yang telah ditetapkan dan akan memberikan manfaat kepada rakyat,” kata wakil rakyat DAP itu ketika membahaskan Belanjawan Pahang 2023 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Selasa.

Young Syefura berkata air merupakan sumber paling penting buat manusia untuk minum, memasak, membersihkan diri namun jika kerajaan tidak mampu untuk menyediakan kemudahan asas itu, ia adalah sesuatu perkara yang tidak patut.

“Masalah air ini adalah masalah yang sudah lama dan berulang kali dibangkitkan ke dalam sidang dewan.

“Bahkan pada April yang lalu, jika kita rujuk kepada rekod sidang, hampir setiap Ahli Dewan membangkitkan isu air,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan pihaknya masih menerima aduan mengenai isu baik pulih rumah rakyat yang dilanda banjir antaranya penduduk di Taman Chegar Medang, Kampung Chegar Medang dan beberapa buah rumah di Kampung Benus, Ketari.

“Penduduk telah menunggu selama 10 bulan untuk bantuan baik pulih rumah mereka. Saya berharap hal ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera oleh pihak kerajaan negeri,” katanya sambil menyatakan kekesalan terhadap masalah itu.

“Ini adalah janji oleh pihak kerajaan kepada penduduk. Saya harap ia dapat ditunaikan dengan kadar yang segera.”

Selain itu katanya aduan juga diterima mengenai kontraktor yang diberikan projek baik pulih rumah mangsa banjir itu.

“Mangsa banjir memaklumkan kepada saya bahawa keadaan rumah yang telah dibaik pulih ini seperti melepaskan batuk di tangga. Ada juga yang mengatakan kerja baik pulih ini sebenarnya bukan untuk membantu mangsa banjir, tetapi nak bantu bisnes kontraktor,” ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel ADUN Ketari Gesa Menteri Besar Pahang Segera 'Selesaikan' Masalah Bekalan Air !

Sekianlah artikel ADUN Ketari Gesa Menteri Besar Pahang Segera 'Selesaikan' Masalah Bekalan Air ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN Ketari Gesa Menteri Besar Pahang Segera 'Selesaikan' Masalah Bekalan Air ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/adun-ketari-gesa-menteri-besar-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ADUN Ketari Gesa Menteri Besar Pahang Segera 'Selesaikan' Masalah Bekalan Air !"

Catat Ulasan

Loading...