Loading...

Tiga Warga Asing Di Tahan Curi Balak Secara Haram Di Hutan Simpan Batu Talam !

Loading...
Tiga Warga Asing Di Tahan Curi Balak Secara Haram Di Hutan Simpan Batu Talam ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Warga Asing Di Tahan Curi Balak Secara Haram Di Hutan Simpan Batu Talam !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Warga Asing Di Tahan Curi Balak Secara Haram Di Hutan Simpan Batu Talam !
link : Tiga Warga Asing Di Tahan Curi Balak Secara Haram Di Hutan Simpan Batu Talam !

Baca juga


Tiga Warga Asing Di Tahan Curi Balak Secara Haram Di Hutan Simpan Batu Talam !

 

RAUB - Tiga individu warga asing ditahan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub dipercayai pekerja kepada sindiket pembalakan haram ketika berada di Hutan Simpan Batu Talam di sini pada Isnin.

Pegawai Hutan Daerah Raub, Safiah Aimi Md Isa berkata, individu yang ditahan berusia 24 tahun dan 38 tahun merupakan warga Indonesia manakala seorang lagi wanita warga Thailand berusia 28 tahun.

Menurutnya, penahanan itu mematahkan cubaan memindahkan lebih 40 tual pelbagai spesies balak bermutu yang dianggarkan bernilai lebih RM250,000 ditemui dalam hutan berkenaan.

"Ketika serbuan, kita turut menemui tiga jentera seperti jentolak, jengkaut dan lori hantu digunakan untuk memindahkan balak ke tempat simpanan sementara. Rumah kongsi juga ditemui dalam kawasan terbabit.

"Kita berusaha mengesan dalang utama yang melakukan kegiatan haram itu, saya percaya individu terbabit berpengalaman dalam aktiviti menceroboh dan memindahkan hasil hutan di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Serbuan itu dilakukan 15 anggota penguatkuasa PHD Raub dibantu anggota Pejabat Renjer Hutan Tersang selepas melakukan intipan selama kira-kira dua jam di Kompartmen 119 Hutan Simpan Batu Talam sebelum melakukan serbuan pada 12 tengahari pada Isnin.

Sementara itu, Safiah Aimi memaklumkan tiga individu berkenaan direman enam bermula Isnin.

"Suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1), Seksyen 32(1) dan Seksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

"Jentera yang disita akan ditempatkan di stor simpanan barang kes di Pejabat Hutan Renjer Sungai Koyan, Raub dan hasil hutan akan dicadangkan kepada pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) untuk dillucutkan hak," ujar beliau.

Sehubungan itu, Safiah Aimi berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk mematahkan cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan kegiatan menceroboh hutan simpan dan hutan tanah kerajaan untuk memindahkan hasil hutan seperti balak dan galian. #sumber



Demikianlah Artikel Tiga Warga Asing Di Tahan Curi Balak Secara Haram Di Hutan Simpan Batu Talam !

Sekianlah artikel Tiga Warga Asing Di Tahan Curi Balak Secara Haram Di Hutan Simpan Batu Talam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Warga Asing Di Tahan Curi Balak Secara Haram Di Hutan Simpan Batu Talam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/tiga-warga-asing-di-tahan-curi-balak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tiga Warga Asing Di Tahan Curi Balak Secara Haram Di Hutan Simpan Batu Talam !"

Catat Ulasan

Loading...