Judul : Gerakan Tanah Air (GTA) 'Kemungkinan' Pertimbangkan 'Kerjasama' Dengan PN !
link : Gerakan Tanah Air (GTA) 'Kemungkinan' Pertimbangkan 'Kerjasama' Dengan PN !
Gerakan Tanah Air (GTA) 'Kemungkinan' Pertimbangkan 'Kerjasama' Dengan PN !
PUTRAJAYA – Gerakan Tanah Air (GTA) tidak menolak mempertimbangkan untuk mengadakan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pertimbangan itu akan dibuat sekiranya prinsip PN adalah sama dengan gabungan baharu itu.
“Itu kita nak timbang (kerjasama dengan PN) kalau mereka sependapat dengan kita dan tak terlibat dengan dasar dan prinsip.
“Mungkin akan ada kerjasama dengan mereka,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.
Mahathir berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pihaknya akan meneliti keputusan kerjasama dengan GTA bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu memberitahu, musuh utama gabungan parti politik tersebut adalah UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Kita bermusuh dengan UMNO kerana kalau menang akan rosak habis negara kita,” dakwanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sekiranya GTA bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) gabungan parti itu akan kehilangan undi orang Melayu.#sumber
Demikianlah Artikel Gerakan Tanah Air (GTA) 'Kemungkinan' Pertimbangkan 'Kerjasama' Dengan PN !
Anda sekarang membaca artikel Gerakan Tanah Air (GTA) 'Kemungkinan' Pertimbangkan 'Kerjasama' Dengan PN ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/gerakan-tanah-air-gta-kemungkinan.html
0 Response to "Gerakan Tanah Air (GTA) 'Kemungkinan' Pertimbangkan 'Kerjasama' Dengan PN !"
Catat Ulasan