Loading...

PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota !

Loading...
PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota !
link : PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota !

Baca juga


PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota !

SEPANG - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu bergantung kepada kepemimpinan tertinggi.

"Saya sememangnya bersedia jika dicalonkan bertanding bagi meneruskan khidmat kepada rakyat di kawasan itu.

"Sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan, saya menyerahkan kepada Perdana Menteri yang dipilih ketika itu untuk meletakkan mana-mana calon yang layak di peringkat Kabinet.

"Kita tak boleh tempah mana-mana jawatan dalam Kabinet atau kembali semula ke kementerian yang pernah diterajui (Kementerian Luar) sebelum ini," katanya selepas menyambut kepulangan rakyat Malaysia, Azhar Mohamad, 37, yang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Chungbuk National University, Cheonjung, Korea Selatan akibat strok bahagian kanan badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Pada PRU-14, Saifuddin memenangi kerusi Parlimen Indera Mahkota atas tiket PKR, sebelum keluar parti itu dan menyertai BERSATU

Saifuddin berkata, setakat ini tiada siapa yang tahu akan menjadi calon dan ia bergantung kepada keputusan pimpinan tertinggi parti.

"Jentera PN di Indera Mahkota sudah bersiap siaga dengan kerjasama BERSATU, PAS dan GERAKAN, termasuk beberapa siri mesyuarat jentera pilihan raya yang diadakan secara baik.

"Melihat kepada sokongan pengundi di Indera Mahkota kepada PN, saya berpandangan peluang untuk memenangi kerusi Parlimen ini adalah cerah," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota !

Sekianlah artikel PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/pru-15-saifuddin-abdullah-sedia-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota !"

Catat Ulasan

Loading...