Loading...

JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad

Loading...
JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad
link : JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad

Baca juga


JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad

KUANTAN - Sembilan kenderaan perdagangan termasuk treler dikenakan tindakan saman selepas dikesan mengabaikan isyarat lalu lintas larangan pada waktu terhad dalam Ops Khas Papan Tanda di Jalan Permatang Badak di sini, pada Selasa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, Jalan Permatang Badak merupakan antara lokasi laluan terhad di daerah ini.

Menurutnya, operasi bermula jam 4 hingga 7 petang itu memberi fokus kepada kenderaan barangan dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi lima tan yang melalui laluan tersebut pada waktu terhad antara jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan 4 hingga 7 petang.

"Hasil operasi itu didapati, ada pemandu gagal mematuhi larangan itu dan tindakan telah diambil ke atas mereka.

"Notis saman dikeluarkan bagi kesalahan berkenaan bagi mendidik dan memberi pengajaran kepada pemandu supaya tidak mengulangi kesalahan sama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kamarul Iskandar berkata, larangan itu dikuatkuasakan bagi mengelakkan trafik menjadi sesak pada waktu puncak.

"Selain itu, ia juga mengambil kira rungutan dan faktor keselamatan orang awam terutamanya pengguna kenderaan kecil yang melalui laluan berkenaan," ujarnya.

Beliau berkata, mengabaikan isyarat lalu lintas berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Jika sabit kesalahan, pemandu terlibat boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000," jelasnya.

Sementara itu, Kamarul Iskandar berkata, dalam operasi sama, sebanyak 211 kenderaan telah diperiksa dan 65 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dengan 119 kes dikesan.

"Antara kesalahan paling banyak dikesan, tiada lesen memandu (30 kes), cukai jalan tamat tempoh dan tiada pelindungan insurans (26 kes)," katanya.

Menurutnya, sebarang aduan trafik boleh disalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ. #sumber



Demikianlah Artikel JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad

Sekianlah artikel JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/jpj-saman-sembilan-pemandu-gara-gara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad"

Catat Ulasan

Loading...