Loading...

Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 !

Loading...
Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 !
link : Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 !

Baca juga


Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 !

KUANTAN - Tiga parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Indera Mahkota telah mengadakan perjumpaan bagi memperkukuh dan memantapkan lagi jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pada retreat yang diadakan di sini semalam, PAS, BERSATU dan GERAKAN mencapai kata sepakat untuk bekerja dalam satu pasukan di setiap Unit Daerah Mengundi (UDM) di DUN Beserah dan Semambu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Indera Mahkota, Andansura Rabu berkata, ketiga-tiga parti komponen PN itu telah mencapai kesepakatan untuk menggabungkan segala jentera dan tugasan yang ada.

Tambahnya, retreat itu diadakan untuk saling berkenalan dalam kalangan jentera parti di samping merancang gerak kerja bersama dengan hala tuju yang satu.

Beliau yakin dan optimis dengan kesiapsiagaan ketiga-tiga gabungan parti itu, PN mampu untuk merealisasikan PN Teraju Pahang pada PRU15 ini.

Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, DatO' Sri Saifuddin Abdullah berkata, walaupun ketiga-tiga parti itu berbeza latar belakang, namun matlamat perjuangan adalah sama.

Tambahnya, PN ada matlamat yang murni dan suci untuk menegakkan kebenaran, keadilan, kesaksamaan, perpaduan, kemakmurn rakyat dan bersama-sama membanteras kemungkaran, rasuah, salah guna kuasa dan segala yang merosakkan masyarakat.

Beliau seterusnya mengharapkan gabungan jentera parti secara rasminya itu dapat melaksanakan kerja dengan baik sebagai satu pasukan yang tersusun rapi.

Pengerusi GERAKAN Indera Mahkota, Chan Chee How pula melahirkan rasa gembira dengan suasana harmoni ketiga-tiga parti komponen PN itu dapat mencapai kata sepakat dalam gerak kerja pilihan raya demi mencapai kemenangan pada PRU-15. #sumber



Demikianlah Artikel Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 !

Sekianlah artikel Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/perikatan-nasional-pn-indera-mahkota.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 !"

Catat Ulasan

Loading...