Loading...

Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong!

Loading...
Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong!
link : Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong!

Baca juga


Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong!

 

KUANTAN - Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Pahang yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, menawarkan 2,094 jawatan kosong kepada pencari kerja.

Pengurus Kes Perkhidmatan Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang, Syazwani Mohd Tajudin berkata, 46.66 peratus daripada jumlah itu menawarkan pekerjaan melibatkan pelbagai sektor dengan gaji melebihi RM2,000.

Antara syarikat yang mengambil bahagian ialah pelabur pertama di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Gebeng iaitu Alliance Steel (M) Sdn Bhd selain Maybank, China Communications Construction Company (ECRL) Sdn Bhd, Prasarana dan Berjaya Hills Resort Berhad.

"Kita menyasarkan seramai 1,500 pencari kerja yang hadir ke reruai Jamin Kerja sepanjang AKM berlangsung dan Perkeso turut menyarankan supaya majikan dapat membuat pengambilan secara terus selepas temu duga," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu bermula 1 Jan tahun ini, boleh mendapat insentif sehingga RM42,000 di bawah JaminKerja - Insentif Penggajian (JKIP) sekiranya berdaftar dengan program JKIPt.

Jelajah AKM berlangsung bermula 9 pagi hingga 9 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) dan pekarangan Stadium Darul Makmur di sini, dengan pelbagai program serta aktiviti menarik diadakan sempena penganjuran yang masuk sesi ke-12.

AKM kali ini yang diterajui Kementerian Pertahanan (Mindef) bertemakan 'Keluarga Malaysia Teras Pertahanan Negara'. #sumber



Demikianlah Artikel Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong!

Sekianlah artikel Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/karnival-jelajah-akm-pahang-tawar-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong!"

Catat Ulasan

Loading...