Loading...

PAS Anggap BN Pahang Tak Sedar Diri Serta 'Gagal Berpijak Di Bumi Nyata' !

Loading...
PAS Anggap BN Pahang Tak Sedar Diri Serta 'Gagal Berpijak Di Bumi Nyata' ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Anggap BN Pahang Tak Sedar Diri Serta 'Gagal Berpijak Di Bumi Nyata' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Anggap BN Pahang Tak Sedar Diri Serta 'Gagal Berpijak Di Bumi Nyata' !
link : PAS Anggap BN Pahang Tak Sedar Diri Serta 'Gagal Berpijak Di Bumi Nyata' !

Baca juga


PAS Anggap BN Pahang Tak Sedar Diri Serta 'Gagal Berpijak Di Bumi Nyata' !

 

KUANTAN - PAS Pahang menganggap UMNO-BN seolah-olah tidak sedar diri serta gagal berpijak di bumi nyata.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata kenyataan pemimpin BN negeri itu kelihatan tidak belajar daripada pengalaman semasa pilihan raya umum (PRU) lalu.

"UMNO ingat kita (PAS) ini macam budak-budak, macam budak kecil yang tak tahu apa-apa, dia ingat kita ini OKU (Orang Kurang Upaya), jenis orang lumpuh (dan) tak daya nak melawan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya PN Paya Besar malam tadi.

Turut hadir Pengerusi PN Pahang, Dato' Sri Saifuddin Abdullah, dan Ketua Penerangan PAS Pahang yang juga penyandang kerusi DUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya.

Rosli berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Pengerusi BN Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, yang mahu memastikan PAS tewas dalam semua kerusi yang ditandinginya.

Berucap di sebuah program di SINI yang turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, Wan Rosdy berkata, BN Pahang juga mahu memastikan semua lapan kerusi yang dimenangi PAS pada 2018 dapat dirampas semula.

Untuk rekod, UMNO dan PAS sudah menjalin kerjasama rasmi melalui Muafakat Nasional ketika kedua-dua parti menjadi pembangkang.

Bagaimanapun selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, hubungan kedua-dua parti mula menegang.

Baru-baru ini PAS menyatakan secara terbuka keinginan mereka - bersama Perikatan Nasional (PN) - untuk menjatuhkan BN di Pahang.

Rosli berkata dalam PRU ke-15 ini PAS menyertai persaingan itu sebagai PN dan pada masa sama gelombang kebencian rakyat terhadap UMNO-BN diperlihatkan dengan begitu ketara.

"Kalimah 'puaka' yang mengatakan hanya UMNO dan BN sahaja boleh memerintah, kalimah 'puaka' ini dah tak terpakai lagi.

"Kita dah melihat dalam konteks pilihan raya di negara luar, perubahan kerajaan di negara jiran, begitu juga di sini (Malaysia) selepas Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengundurkan diri, lepas itu Umno makin lama makin lemah, beberapa negeri dikuasai parti yang lain, silih berganti.

"Ini menunjukkan kepada kita betapa rakyat Malaysia tidak lagi takut untuk menukar kerajaan, jadi kalau UMNO kata hanya UMNO saja yang layak memerintah, perkataan ini adalah satu perkataan yang tidak diterima pakai lagi oleh rakyat Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, PAS Pahang dalam satu kenyataan media pagi tadi menegaskan gabungan PAS, BERSATU dan GERAKAN akan bekerja keras untuk menewaskan BN di Pahang dalam PRU ke-15.

"Culaan kita sehingga kini mendapati PN hampir menguasai 17 kerusi. Insya-Allah dengan kerja keras, jumlah ini akan bertambah menjelang hari pengundian 19 Nov ini.

"Jentera PN yang turun bertemu pengundi mendapati gelombang untuk menolak BN dan memilih PN juga begitu besar," kata kenyataan itu lagi.

Untuk rekod lapan kerusi DUN yang dimenangi PAS pada 2018 ialah Tahan,
Damak, Beserah, Tanjung Lumpur, Panching, Luit, Chenor dan Jengka. #sumber



Demikianlah Artikel PAS Anggap BN Pahang Tak Sedar Diri Serta 'Gagal Berpijak Di Bumi Nyata' !

Sekianlah artikel PAS Anggap BN Pahang Tak Sedar Diri Serta 'Gagal Berpijak Di Bumi Nyata' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Anggap BN Pahang Tak Sedar Diri Serta 'Gagal Berpijak Di Bumi Nyata' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/pas-anggap-bn-pahang-tak-sedar-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Anggap BN Pahang Tak Sedar Diri Serta 'Gagal Berpijak Di Bumi Nyata' !"

Catat Ulasan

Loading...