Judul : MB Pahang Sedia Untuk Memertahankan Kerusi DUN Jelai Pada PRU-15 Ini Nanti !
link : MB Pahang Sedia Untuk Memertahankan Kerusi DUN Jelai Pada PRU-15 Ini Nanti !
MB Pahang Sedia Untuk Memertahankan Kerusi DUN Jelai Pada PRU-15 Ini Nanti !
KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, sedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan muktamad bergantung kepada keizinan dan peluang yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti.
Katanya, beliau sememangnya bersedia dan jika dicalonkan bertanding, ia adalah penggal kelima sejak 2004.
"Insya-Allah, saya sedia pertahankan kerusi DUN Jelai jika pucuk pimpinan memberikan keizinan dan memberi peluang untuk bertanding.
"Setiap kali bertanding bermula pada 2004, majoriti yang saya peroleh meningkat," katanya selepas Majlis Penyerahan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Pahang (Skim-I-PUSH) 2002, di sini, hari ini.
Ditanya senarai calon yang akan bertanding pada PRU-15, beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, setakat ini, ia belum dimuktamadkan.
Namun, katanya, perbincangan mengenai senarai calon sudah dilakukan, selain mengesahkan akan berlaku perubahan dalam senarai calon yang akan bertanding nanti.
"Apabila berlakunya PRU, sudah pasti akan ada perubahan. Maknanya, bukan 100 peratus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lalu akan kekal.
"Sudah pasti ada kombinasi calon lama dan muda. Setakat ini, saya belum dapat mengesahkan peratus calon muda.
"Calon yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
Pada PRU-14, BN kekal meneraju Pahang selepas memenangi 25 daripada 42 kerusi DUN, sementara Pakatan Harapan (PH) memperoleh sembilan kerusi, manakala PAS, lapan kerusi.
Dalam kenyataan Wan Rosdy sebelum ini, BN Pahang yakin mampu menambah jumlah kerusi DUN Pahang pada PRU-15, berdasarkan prestasi semasa, selain imej baik kerajaan negeri selama 53 bulan yang berusaha membantu rakyat. #sumber
Demikianlah Artikel MB Pahang Sedia Untuk Memertahankan Kerusi DUN Jelai Pada PRU-15 Ini Nanti !
Anda sekarang membaca artikel MB Pahang Sedia Untuk Memertahankan Kerusi DUN Jelai Pada PRU-15 Ini Nanti ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/mb-pahang-sedia-untuk-memertahankan.html
0 Response to "MB Pahang Sedia Untuk Memertahankan Kerusi DUN Jelai Pada PRU-15 Ini Nanti !"
Catat Ulasan