Loading...

Najib Tidak Layak Tanding PRU-15 Selagi Belum Mendapat 'Pengampunan' Agong !

Loading...
Najib Tidak Layak Tanding PRU-15 Selagi Belum Mendapat 'Pengampunan' Agong ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Tidak Layak Tanding PRU-15 Selagi Belum Mendapat 'Pengampunan' Agong !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Tidak Layak Tanding PRU-15 Selagi Belum Mendapat 'Pengampunan' Agong !
link : Najib Tidak Layak Tanding PRU-15 Selagi Belum Mendapat 'Pengampunan' Agong !

Baca juga


Najib Tidak Layak Tanding PRU-15 Selagi Belum Mendapat 'Pengampunan' Agong !

KUALA LUMPUR - Tiada jalan lain untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kecuali beliau mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong melalui Lembaga Pengampunan.

Peguam Bela dan Peguam Cara, Datuk Shamsuddin Nawawi, berkata perkara itu bukan saja jelas termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, tetapi penyandang kerusi Parlimen Pekan itu yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun tidak memenuhi kelayakan menjadi calon serta setakat ini tidak mendapat penangguhan pelaksanaan hukuman.

Katanya, antara syarat yang ditetapkan untuk menjadi calon adalah seseorang itu bukan individu yang sudah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum tempoh tidak kurang satu tahun atau didenda tidak kurang RM2,000 serta belum menerima pengampunan.

"Namun keadaan berbeza jika membabitkan pemimpin atau calon lain yang ingin bertanding, tetapi mereka sedang berdepan kes mahkamah berikutan mereka belum dibuktikan bersalah seperti Najib.

"Dalam konteks ini, meskipun pemimpin terbabit masih boleh bertanding berikutan dibenarkan oleh undang-undang pilihan raya, masalah paling ketara nanti (akan datang) adalah dari segi moral.

"Berkaitan isu moral, berapa ramai orang sebelum ini disekat daripada bertanding untuk menjadi calon sesebuah parti berikutan mempunyai kes mahkamah, jadi tidak perlu timbul keadaan pilih kasih (double standard)," katanya hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk menambah syarat baharu menghalang calon yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah bertanding dalam PRU15.

Menurutnya, syarat-syarat bagi pencalonan pilihan raya sedia ada mencukupi sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

"Bagi memartabatkan demokrasi, tidak perlu menambah syarat-syarat baharu bagi menghalang mana-mana individu daripada bertanding, sebagai contoh untuk menggubal undang-undang bagi individu yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah untuk tidak layak bertanding," katanya.

Shamsuddin yang juga penganalisis politik menjelaskan, Najib tetap tidak layak bertanding walaupun beliau atau pihak lain mendakwa bekas Presiden UMNO itu sudah membuat permohonan untuk pengampunan.

"Secara teorinya, jika kita ditahan polis berikutan tiada lesen, namun memaklumkan lesen sudah diperbaharui tetapi lesen itu belum diperoleh, kita dianggap tidak mempunyai lesen kerana tiada bukti dokumen itu dihidupkan.

"Ini sama dengan situasi Najib, selagi beliau tidak mendapat pengampunan, beliau tetap tidak layak bertanding. Undang-undang pilihan raya sangat jelas, apabila tidak mendapat pengampunan, seseorang itu tidak layak menjadi calon berikutan ada kes," katanya.

Katanya, pihak yang memohon juga perlu memahami bentuk pengampunan kerana ia mempunyai beberapa jenis iaitu pengampunan penuh, separuh atau pengampunan meringankan hukuman sahaja.

Mengulas lanjut katanya, UMNO pada 2009 menggunakan standard pemeriksaan latar belakang atau 'security vetting' terhadap calon yang namanya disenaraikan bertanding bagi tujuan semakan rekod.

"Pihak yang menyemak itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak berkaitan lain.

"Pada masa dahulu, banyak kes pencalonan dibatalkan, apabila SPRM memaklumkan bakal calon itu dalam proses siasatan dan dicadangkan supaya tidak ditanding. Ramai calon terkena, mereka dianggap tidak layak bertanding walaupun individu itu baru dalam proses siasatan," katanya.

Katanya, standard itu memperlihatkan parti telus dalam meletakkan calon kerana nilai moral calon sesuatu yang tinggi.

"Tahap moral itu terserlah apabila orang seperti Rafizi (Ramli) yang ada kes mahkamah tidak diletakkan sebagai calon tetapi pada masa sekarang, pimpinan parti nampak berkeras membenarkan calon yang mempunyai kes mahkamah sebagai calon, seolah-olah tiada orang lain layak.

"Saya pelik dengan keadaan sekarang seolah-olah secara khususnya UMNO tidak mengambil pengajaran kekalahan mereka pada PRU14. Mereka tetap berkeras mahu sedaya mungkin melebihkan calon walaupun calon itu tidak mempunyai rekod bersih," katanya.

Sebagai perbandingan katanya, parti pembangkang, menyekat Tian Chua dan Rafizi daripada bertanding dan UMNO yang mempunyai tiga juta ahli, mempunyai ramai pemimpin yang wajar diangkat sebagai 191 calon mewakili partinya. #sumber



Demikianlah Artikel Najib Tidak Layak Tanding PRU-15 Selagi Belum Mendapat 'Pengampunan' Agong !

Sekianlah artikel Najib Tidak Layak Tanding PRU-15 Selagi Belum Mendapat 'Pengampunan' Agong ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Tidak Layak Tanding PRU-15 Selagi Belum Mendapat 'Pengampunan' Agong ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/10/najib-tidak-layak-tanding-pru-15-selagi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Tidak Layak Tanding PRU-15 Selagi Belum Mendapat 'Pengampunan' Agong !"

Catat Ulasan

Loading...