Loading...

BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong

Loading...
BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong
link : BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong

Baca juga


BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong

 

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) Pahang hampir pasti mengekalkan kerajaan negeri apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) menyatakan sokongan untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Menurut sumber DAP, perkara itu sudah diputuskan pimpinan tertinggi parti dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam terdekat.

Dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), BN memiliki 16 kerusi dewan undangan negeri (DUN) manakala PH mempunyai lapan kerusi.

Enam daripadanya adalah DAP manakala dua lagi melalui wakil PKR.

Perikatan Nasional (PN) pula memiliki 17 kerusi DUN.

Selepas keputusan PRU15 Sabtu lalu, kerajaan Pahang 'tergantung' kerana tidak ada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi dan satu lagi kerusi iaitu DUN Tioman tidak dipertandingkan selepas calon PN, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada awal pagi Sabtu-hari mengundi, ketika menerima rawatan di Hospital Rompin, dipercayai akibat serangan jantung.

Pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditetapkan pada 7 Disember ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, ADUN Triang (DAP), Leong Yu Man ketika dihubungi memaklumkan dia belum menerima maklumat lengkap berkaitan persetujuan untuk PH dan BN Pahang bekerjasama.

"Setakat ini saya belum pasti mengenai perkara ini, lebih baik rujuk dengan pucuk pimpinan kami," katanya.

Dua wakil PKR ketika dihubungi juga memaklumkan mereka masih menunggu keputusan muktamad oleh pucuk pimpinan parti.

ADUN Semambu (PKR), Chan Chun Kuang berkata, dia hanya menunggu maklumat dan arahan daripada pimpinan.

Sementara itu, ADUN Teruntum (PKR) , Sim Choon Siang pula memberitahu dia berharap pucuk pimpinan tertinggi akan membuat keputusan terbaik untuk semua pihak. #sumber



Demikianlah Artikel BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong

Sekianlah artikel BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/11/bn-pahang-hampir-pasti-dapat-kekalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BN Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri, Lapan ADUN PH Sokong"

Catat Ulasan

Loading...