Loading...

Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang

Loading...
Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang
link : Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang

Baca juga


Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang

 

KUANTAN – Lebih baik Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) berbanding dengan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan negeri di Pahang.

Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin menyatakan sokongan BN dan PH bekerjasama bagi membentuk kerajaan negeri setelah tiada parti memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Jika BN bekerjasama dengan PH, jawatan menteri besar, insya-Allah dapat dikekalkan milik UMNO. Kalau bersama PN tentunya mereka mahu jawatan itu kerana memiliki kelebihan satu kerusi.

“Dalam politik, siapa yang mempunyai majoriti boleh menuntut jawatan menteri besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRU15, BN menang 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PH lapan kerusi dan PN (17 kerusi).

Selepas keputusan PRU15, kerajaan Pahang ‘tergantung’ kerana tidak ada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

PH Pahang bersetuju menjalinkan kerjasama dengan BN negeri bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas PRU15.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, tiada masalah BN kerjasama dengan PH kerana parti itu yang mempunyai sokongan di bandar boleh memberi tumpuan menjaga kawasan itu melalui portfolio diberikan.

“BN pula boleh menjaga kawasan-kawasan majoriti Melayu dan kampung supaya masalah rakyat dapat diberikan tumpuan dan diselesaikan,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang

Sekianlah artikel Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/11/mohd-sharkar-sokong-kerjasama-bn-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mohd Sharkar 'Sokong' Kerjasama BN-PH Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Pahang"

Catat Ulasan

Loading...