Loading...

Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan

Loading...
Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan
link : Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan

Baca juga


Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan

KUANTAN - Seorang jururawat hospital kerajaan kerugian RM198,000 akibat dijerat sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan penghantaran barang dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata menurut laporan diterima semalam, wanita berusia 36 tahun itu dikatakan mendapat panggilan pada 13 Disember lalu daripada individu menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barang sebelum panggilan disambungkan kononnya kepada 'pegawai polis' pula.

"Mangsa didakwa terbabit sindiket senjata api dan pengedaran dadah, sebelum diminta membuat pinjaman peribadi dan diberikan satu pautan untuk mengisi maklumatnya.

"Selepas permohonan pinjaman peribadi itu diluluskan pihak bank dalam tempoh kira-kira dua minggu, wang itu dipindahkan ke akaun suspek tanpa disedari mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Ramli menasihati orang ramai supaya tidak memberi butiran perbankan dalam sebarang aplikasi daripada pautan mencurigakan, dan jangan takut atau cemas apabila dihubungi atau didakwa terbabit jenayah daripada panggilan telefon yang mendakwa sebagai pihak berkuasa.

"Adalah diingatkan bahawa pihak penguat kuasa tidak menjalankan apa-apa siasatan melalui panggilan telefon.

"Justeru, sentiasa semak dengan balai polis, bank atau pejabat berkaitan yang berhampiran untuk pengesahan," katanya.#sumber



Demikianlah Artikel Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan

Sekianlah artikel Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/jururawat-kerugian-rm198000-akibat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...