Loading...

Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam !

Loading...
Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam !
link : Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam !

Baca juga


Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam !

 

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengambil tindakan segera terhadap aduan dan makluman orang ramai berkaitan kerosakan jalan raya di negeri itu dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, ia bergantung kepada tahap kerosakan jalan di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Menurutnya, tindakan itu diambil susulan pelbagai aduan diterima berhubung permasalahan jalan rosak di seluruh negeri.

"Kerajaan negeri berusaha untuk menyelesaikan setiap aduan dalam tempoh sekurang-kurangnya 24 jam selaras dengan ketetapan piagam pelanggan JKR Malaysia.

"Arahan sudah dikeluarkan kepada pihak JKR supaya mengambil tindakan yang lebih proaktif dan segera terhadap segala aduan awam yang diterima," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis Perjumpaan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang bersama Pihak Konsesi Penyelenggaraan Jalan Negeri di Kompleks Tun Razak (KOMTUR) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah JKR Pahang Datuk Ir Ts Hafizah Zakaria.

Beliau berkata, kerosakan jalan terutama keadaan jalan yang berlubang perlu dibaiki segera kerana mengundang bahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal sekiranya hujan lebat dan di waktu malam.

"Di media-media sosial, rakyat terus mengadu dan mengeluh mengatakan mereka cedera terlanggar lubang akibat takungan air terutamanya penunggang motosikal.

"Jadi saya amat berharap pihak konsesi dapat mengambil tindakan segera terhadap isu keselamatan dan kerosakan jalan raya ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Fakhruddin berkata, kerajaan negeri turut menjalin kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memantau pergerakan lori lebih had muatan yang turut menyumbang kepada kerosakan jalan raya di negeri berkenaan.

"Saya harap semua konsesi dapat beri kerjasama bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna di jalan raya demi memastikan kemalangan jalan raya akibat jalan yang rosak berkurangan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam !

Sekianlah artikel Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/aduan-isu-jalan-rosak-kerajaan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam !"

Catat Ulasan

Loading...