Loading...

Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco !

Loading...
Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco !
link : Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco !

Baca juga


Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco !

 

KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang hari ini mengumumkan 18 portfolio tumpuan yang akan dibarisi oleh semua 17 wakil rakyatnya bagi ‘membayangi’ dan memantau peranan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik pada 2 Dis lepas.

Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata inisiatif itu merupakan usaha gabungan politik tersebut untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkualiti dan konstruktif selain meningkatkan prestasi dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Portfolio tumpuan ini bertujuan membayangi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Exco Pahang yang dilantik selain memainkan peranan semak dan imbang terhadap setiap Exco.

“Setiap ADUN PN mempunyai satu atau dua portfolio dan mereka akan memainkan peranan dengan mengetuai perbincangan mengenai portfolio masing-masing termasuk aduan yang diterima daripada rakyat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas ADUN dan Ahli Parlimen PN di sini.

Beliau berkata PN Pahang juga akan melantik penyelaras Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan yang gabungan itu tewas dalam pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersetuju menjalin kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri selepas keputusan PRU15 menyaksikan DUN Pahang tergantung selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi.

Pada PRU-15, BN dan PN masing-masing memperoleh 17 kerusi manakala PH memenangi lapan kerusi.

Berikut adalah senarai portfolio tumpuan yang diumumkan oleh PN Pahang:

1. Industri Asas Tani dan Bioteknologi  
    – Hasan Omar (Lanchang)

2. Pendidikan dan Kesihatan
    – Mujibur Rahman Ishak (Chenor)

3. Hal Ehwal Agama
    – Nazri Ahmad (Bukit Ibam)

4. Pembangunan Luar Bandar dan Hal  
    Ehwal Orang Asli
    – Mohd Zakhwan Ahmad
       Badarddin (Tahan)

5. Kerja Raya dan Pengangkutan
    – Muhammad Rafiq Khan Ahmad 
       Khan (Pulau Manis)

6. Kerajaan Tempatan dan Perumahan
    – Jasri Jamaludin (Kuala Sentul)

7. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
    –  Tuan Ibrahim Tuan Man (Cheka)

8. Komunikasi dan Multimedia
    –  Mohd Tarmizi Yahya (Panching)

9.  Belia, Sukan dan Kebudayaan
     – Mohd Yazid Mohd Yunus (Lepar)

10. Pelaburan dan Perindustrian
      – Andansura Rabu (Beserah)

11. Sains, Teknologi dan Inovasi
      – Zuridan Mohd Daud (Damak)

12. Kebajikan Masyarakat,
       Pembangunan Wanita & Keluarga
       – Rosli Abdul Jabar (Tg Lumpur)

13. Hal Ehwal Pengguna dan Sumber 
      Manusia
      – Ayub Ashri (Sungai Lembing)

14. Perpaduan, Pelancongan dan  
      Badan-badan Bukan Kerajaan
      – Mohd Sofian Abdul Jalil (Luit)

15. Hal Ehwal Felda, Usahawan
       dan Koperasi
       – Shahril Azam A Halim (Jengka)

16.  Ekonomi dan Peladangan,  
        Komuniti
        – Yohanis Ahmad (Pulau Tawar)

17.  Sumber Asli, Tenaga dan Air
       –  Tuan Ibrahim Tuan Man (Cheka)

18.  Kewangan dan Tanah
       –  Hasanuddin Salim (K.Semantan)

#sumber.



Demikianlah Artikel Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco !

Sekianlah artikel Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/perikatan-nasional-pahang-umumkan-18.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco !"

Catat Ulasan

Loading...