Loading...

Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 !

Loading...
Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 !
link : Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 !

Baca juga


Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 !

 

KUALA LUMPUR - Kuliah Maghrib oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak di Masjid As Sobirin Jengka 4, Maran pada malam tadi telah diarahkan tangguh oleh ‘pihak atasan.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika dihubungi Harakahdaily untuk mendapatkan maklumat lanjut, hari ini.

“Saya dihubungi oleh al-Fadil Kadi Daerah Jengka, menyatakan mohon ditangguhkan kuliah Maghrib kerana arahan daripada ‘pihak atasan’,” katanya.

Sebelum itu kata beliau, pihak kadi telah menghubunginya melalui WhatsApp dengan menyatakan;

“Assalamualaikum YB, mohon jasa baik ditangguh dulu kuliah di masjid Felda Jengka 4 malam ini, nanti lepas program di PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) Maran tengah hari ini, ana call semula.”

ADUN Mujibur merupakan pengkuliah tetap yang menyampaikan kuliah agama di Masjid Jengka 4, Felda Kuala Sentol lebih tiga tahun.

Katanya, jika alasan disebabkan isi kandungan kuliah atau kitabnya tidak sesuai mungkin boleh diadakan perbincangan.

Namun beliau kesal kerana pembatalan kuliah tersebut hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza.

Kata beliau, BN yang membentuk kerajaan Negeri Pahang bersama DAP sepatutnya memberi kefahaman tentang ilmu agama.

“Kefahaman ilmu agama itu perlu ditingkatkan bukan menyekat kuliah dan majlis ilmu.

“Saya nampak lebih kepada tekanan dan dendam setelah Umno kecundang 4-0 di Parlimen Maran,” tegasnya.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut meluahkan mengenai perkara itu.

“Selaku penceramah, insya-Allah saya memilih untuk profesional,” katanya.

Menurutnya, ketika menyampaikan kuliah, tiada disebut PAS atau mana-mana parti lain.

“Kita sebut tentang al-Quran dan Hadis. Kita sebut tentang Islam dan musuh Islam.

“Mengapa ini terjadi? Tepuk dada, tanya iman,” ujarnya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Maran. #sumber



Demikianlah Artikel Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 !

Sekianlah artikel Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/kadi-maklum-pihak-atasan-arah-adun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 !"

Catat Ulasan

Loading...