Loading...

Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !!

Loading...
Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !!
link : Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !!

Baca juga


Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !!

KUANTAN - Kenyataan kononnya Kerajaan Pahang menyekat kuliah agama di negeri ini adalah keterlaluan dan tidak 'masuk dek akal'.

Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 51, ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas isu kononnya seorang pendakwah PAS dilarang berkuliah di Masjid As Sobirin Jengka 4, Maran yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Menurut Shukri, tidak mungkin sesuatu larangan itu dibuat tanpa bersebab. Jika dikatakan arahan 'orang atasan' kerana politik, sudah pasti sekatan dibuat kepada semua penceramah untuk berkuliah.

"Sebenarnya  Kerajaan Pahang komited untuk memperkasakan agama Islam di negeri ini menerusi penganjuran pelbagai program dan acara keagamaan di seluruh Pahang.

"Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk memastikan agama dan pendidikan di Pahang dapat diperkasakan agar diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

“Malahan sebanyak 14 Rang Undang-Undang (RUU) telah dibentangkan dan mendapat kelulusan sejak tahun 2015 hingga 2020," kata Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) itu.

"Ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan ismail bagi memastikan agama ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan agama Islam ini bukan sahaja menitikberatkan kepada sesuatu individu dan puak serta kumpulan tetapi ia mengambil kepentingan kepada maslah semua masyarakat dan individu supaya terjaga, terpelihara dan dapat dibantu dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Dalam sektor pendidikan pula kata beliau, pelantikan seramai 100 guru DG41 bagi perjawatan Sekolah Menengah Agama (SMA) telah dilaksanakan dengan implikasi kewangan sebanyak RM3 juta.

Malah pelbagai pembinaan bangunan dan kemudahan-kemudahan baru di SMAN dan SMA seluruh Pahang serta sumbangan khas kepada 2,680 guru KAFA turut diselaraskan.

“Kerajaan juga memperuntukkan bantuan khas kepada pondok dan tahfiz serta guru-guru yang melibatkan jumlah RM400,00 selain sumbangan RM1,000 kepada pelajar-pelajar sekolah SMA dan SMK yang berjaya dalam akademik masing-masing.

Dakwa beliau lagi, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga telah berjaya memproses lebih 200 pengesahan sijil halal yang dikeluarkan kepada agensi-agensi dan hotel-hotel serta pihak yang menyediakan makanan dan minuman.

“JAIP juga melaksanakan pemantauan semula terhadap kelulusan sijil pengesahan halal yang telah dikeluarkan.

“Selain itu, JAIP juga melaksanakan audit pemantauan permohonan persijilan halal, program kesedaran halal kepada industri dan kursus penyembelihan yang telah dilakukan sebaik mungkin kepada kumpulan sasar,” katanya.

Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi memastikan JAIP dapat menyediakan dokumen nikah, cerai dan rujuk yang berkualiti dan bersekuriti tinggi dan dapat mempercepatkan proses pengeluaran kad serta dokumentasi yang sah.

Justeru, beliau tidak nampak dakwaan konon Kerajaan Pahang menyekat dakwah dan kuliah sesuka hati.

"Negeri kita ada peraturan, termasuk hal ehwal agama Islam. Ceramah dan kuliah harus tiada unsur atau pengaruh politik. Ini boleh mengganggu keharmonian masyarakat Islam setempat yang berbeza fahaman politik dengan penceramah itu sendiri. 

"Kuliah yang ditangguhkan itu penyampainya orang politik dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak. Beliau adalah calon Perikatan Nasional (PN) yang menang kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Biar pun tiada unsur politik ketika kuliah yang disampaikan, namun harus diingat selepas program ketika majlis jamuan, sudah pasti hal politik akan dibicarakan di dalam masjid terbabit.

"Malah imej dan batang tubuh beliau sendiri adalah berjenama PN. Maka, atas dasar apa tiada unsur politik. Beliau bukan penceramah bebas yang mendapat tauliah berkuliah seperti yang lainya.

Kena faham, politik bukan sahaja bercakap tapi individu itu sendiri. Kena ingat, jemaah yang hadir ketika kuliah terdiri dari kalangan yang berbeza fahaman politik. Sebab itu, ia tidak bagus untuk keharmonian umat Islam di kawasan itu sendiri," katanya.

Menurut Shukri lagi, yang menjadikan ia isu ialah penyokong PN sendiri dan bukan umat Islam secara keseluruhannya.

"Lainlah kalau semua penceramah agama yang bebas daripada pengaruh politik itu dihalang berkuliah. Tidak timbul soal kerajaan menurut kehendak DAP atau sebaliknya.

"Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail itu beragama Islam. Hanya ada seorang sahaja ADUN dari DAP yang dilantik sebagai EXCO Pahang. Mana mungkin dia boleh mengawal kerajan yang dipimpin oleh majoriti orang Melayu Islam.

"Cakap politik sedap mulut memanglah  mudah, main hentam kromo saja agar rakyat membenci kerajaan. Namun, harus diingat pemimpin Melayu Islam dalam kerajaan pun mengucap syahadah dan berpegang kepada agama Islam.

"Janganlah bila kena ke puak sendiri betul belaka, bila kena puak lain salah belaka. Masa berbaik dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dulu, semua baik sahaja. Maklumlah semua wakil rakyat mereka dapat peruntukan bulanan daripada kerajaan. Usahlah emosi menghentam bila sudah tidak sehaluan. Islam bukanlah boleh diubah-ubah mengikut keadaan," tambah Shukri lagi. #PahangDaily



Demikianlah Artikel Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !!

Sekianlah artikel Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/kuliah-di-tangguh-bukan-kerana-sekat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !!"

Catat Ulasan

Loading...