Loading...

Mesyuarat MKT Di Pimpin Zahid Hamidi Pecat Tiga Pemimpin UMNO Bahagian !

Loading...
Mesyuarat MKT Di Pimpin Zahid Hamidi Pecat Tiga Pemimpin UMNO Bahagian ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mesyuarat MKT Di Pimpin Zahid Hamidi Pecat Tiga Pemimpin UMNO Bahagian !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mesyuarat MKT Di Pimpin Zahid Hamidi Pecat Tiga Pemimpin UMNO Bahagian !
link : Mesyuarat MKT Di Pimpin Zahid Hamidi Pecat Tiga Pemimpin UMNO Bahagian !

Baca juga


Mesyuarat MKT Di Pimpin Zahid Hamidi Pecat Tiga Pemimpin UMNO Bahagian !

 

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecat tiga pemimpin bahagian UMNO.

Ahli MKT, Datuk Puad Zarkashi yang memaklumkan perkara itu memberitahu mereka yang dipecat seorang daripadanya berjawatan Ketua Bahagian dan dua lagi adalah Ketua Wanita bahagian kerana bertindak mencemuh parti dan berkempen bagi pihak lawan pada PRU15.

Puad turut memaklumkan Zahid kali ini agak tegas dalam isu melibatkan disiplin membabitkan ahli parti.

“Presiden parti agak tegas dalam isu disiplin dan beliau tidak akan kompromi kepada mereka yang suka burukkan parti termasuk bocorkan hasil mesyuarat MKT,” katanya ketika ditemui pemberita menghadiri mesyuarat berkenaan di Menara Dato’ Onn.

Sebelum ini empat ahli UMNO yang bertindak bertanding mewakili parti lawan dan menjadi calon Bebas pada PRU15 digugurkan keahlian daripada parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, empat ahli berkenaan ialah Datuk Seri Shahidan Kassim (Parlimen Arau) dan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) yang bertanding untuk Perikatan Nasional (PN).

Keahlian Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi selain Azhar Ahmad bagi DUN Kuala Perlis turut digugurkan.

Dalam perkembangan sama, Puad memaklumkan mesyuarat MKT turut membincangkan isu dakwaan penyelewengan perbelanjaan hampir RM600 bilion oleh kerajaan PN di mana UMNO menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan.

“Ada bincang, tapi akan serah kepada perdana menteri untuk lakukan siasatan, tapi UMNO yakin perlu dilakukan siasatan, kita tak mahu mereka yang kata mereka bersih, sebenarnya ada benda lain yang dibuat tapi rakyat tak tahu, jadi perlunya siasatan,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan mesyuarat MKT malam ini tidak dihadiri dua Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Dia (Ismail ) mohon maaf tidak dapat hadir mesyuarat MKT. Dia ada majlis lain,” katanya.

Media turut dimaklumkan UMNO tidak akan membuat sebarang sidang media atau kenyataan media hasil mesyuarat malam ini. #sumber



Demikianlah Artikel Mesyuarat MKT Di Pimpin Zahid Hamidi Pecat Tiga Pemimpin UMNO Bahagian !

Sekianlah artikel Mesyuarat MKT Di Pimpin Zahid Hamidi Pecat Tiga Pemimpin UMNO Bahagian ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mesyuarat MKT Di Pimpin Zahid Hamidi Pecat Tiga Pemimpin UMNO Bahagian ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/mesyuarat-mkt-di-pimpin-zahid-hamidi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mesyuarat MKT Di Pimpin Zahid Hamidi Pecat Tiga Pemimpin UMNO Bahagian !"

Catat Ulasan

Loading...