Loading...

Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Bera !

Loading...
Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Bera ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Bera !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Bera !
link : Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Bera !

Baca juga


Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Bera !

BERA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dia bersedia mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera.

Dia bagaimanapun belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya ketika ini.

"Yang pasti saya akan pertahankan (jawatan) Ketua UMNO Bahagian Bera, (untuk jawatan Naib Presiden) masih awal lagi.

"Tak tahu lagi, saya kena bincang dengan orang Bera dulu. MT (Majlis Tertinggi) belum putuskan bila pemilihan di peringkat cawangan Bahagian dan sebagainya, tunggulah," katanya dalam sidang media di Bera, hari ini.

Terdahulu, ahli parlimen Bera itu merasmikan pusat kawalan operasi bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini.

Ismail Sabri menjelaskan berdasarkan usul diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berakhir hujung minggu lalu, hanya jawatan Naib Presiden dan ke bawah saja dipertandingkan.

Jawatan utama iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan selepas usul tambahan dikemukakan wakil dari Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin mendapat sokongan majoriti perwakilan.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu sudah muktamad, Ismail Sabri menjelaskan apa saja hasil keputusan dibuat dalam PAU boleh berubah jika ada pihak mencabar pendirian berkenaan.

"Itu adalah seperti dipersetujui ketika PAU, (jawatan) Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan namun keputusan muktamad masih boleh ditentukan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya lagi. #sumber



Demikianlah Artikel Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Bera !

Sekianlah artikel Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Bera ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Bera ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/01/ismail-sabri-sahkan-bersedia-pertahan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan 'Ketua UMNO' Bahagian Bera !"

Catat Ulasan

Loading...