Loading...

Zaid Di Minta 'Tunjuk Sebab' Berkenaan Dakwaan Isu 'Salahlaku' Kes SRC Najib !

Loading...
Zaid Di Minta 'Tunjuk Sebab' Berkenaan Dakwaan Isu 'Salahlaku' Kes SRC Najib ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid Di Minta 'Tunjuk Sebab' Berkenaan Dakwaan Isu 'Salahlaku' Kes SRC Najib !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid Di Minta 'Tunjuk Sebab' Berkenaan Dakwaan Isu 'Salahlaku' Kes SRC Najib !
link : Zaid Di Minta 'Tunjuk Sebab' Berkenaan Dakwaan Isu 'Salahlaku' Kes SRC Najib !

Baca juga


Zaid Di Minta 'Tunjuk Sebab' Berkenaan Dakwaan Isu 'Salahlaku' Kes SRC Najib !

KUALA LUMPUR - Lembaga tatatertib peguambela dan peguamcara meminta peguam, Zaid Ibrahim, menjawab dakwaan salahlaku ketika rayuan terakhir Najib Razak dalam kes SRC International tahun lepas.

Bekas menteri undang-undang itu berkata lembaga tersebut memberi tempoh sebulan untuk beliau menjawab dakwaan terhadapnya.

Zaid merupakan rakan kongsi firma guaman Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Rakan-rakan. Lembaga terbabit badan bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salahlaku profesional dan menghukum peguam yang didapati bersalah.

Katanya, pihak lembaga mahukan beliau terangkan “mengapa saya ambil kes Najib hari itu dan mengapa saya tak mampu meneruskannya selepas mahkamah tidak membenarkan kami menangguhkan kes,” katanya di Facebook baru-baru ini.

Aduan dikemukakan oleh Majlis Peguam.

“Majlis menganggap tindakan saya dan rakan-rakan dalam firma saya sebagai tidak beretika dan tidak profesional,” kata Zaid.

Rekod di Mahkamah Persekutuan menunjukkan Najib melepaskan peguam utama, Shafee Abdullah, dan peguamcara, Shafee & Rakan-rakan, pada 26 Julai tahun lepas.

Najib kemudian melantik firma Zaid sebagai peguamcara baharu, dan Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama untuk menghujahkan rayuan bekas perdana menteri itu.

Shafee dan firmanya mewakili Najib dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada penghujung April, Mahkamah Persekutuan menetapkan 15-26 Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Najib.

Hisyam yang tampil bersama Zaid dan beberapa peguam lain mengusulkan permohonan yang difailkan Shafee & Rakan-rakan bagi pihak Najib, yang ingin mengemukakan keterangan baharu dan mahu Hakim Nazlan Ghazali menarik diri atas dakwaan percanggahan kepentingan.

Barisan lima hakim dipengerusikan Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan itu pada 16 Ogos, dan juga menolak permintaan pasukan peguam bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan rayuan terakhir Najib selama tiga hingga empat bulan. Penangguhan itu diperlukan untuk membolehkan pasukan peguam baharu bekas perdana menteri itu membuat persiapan.

Pada 18 Ogos, Hisyam memberitahu mahkamah bahawa Najib melepaskan firma Zaid, yang dibenarkan oleh mahkamah, dan memohon menarik diri sebagai peguam utama, tetapi ditolak mahkamah.

Mahkamah pada 23 Ogos mengesahkan pensabitan Najib dan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, atau tambahan lima tahun penjara sekiranya gagal melunaskan denda.

Najib pada September memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan menyemak keputusan itu supaya pensabitan dan hukumannya digugurkan. Beliau juga mahu barisan para hakim baharu untuk mendengar semula rayuannya, dengan dianggotai sekurang-kurangnya tujuh hakim.

Shafee dan firmanya kembali mewakili Najib dalam permohonan itu, yang didengari oleh barisan lima hakim dan dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli.

Pendengaran akan bersambung pada 20-22 Feb. #sumber



Demikianlah Artikel Zaid Di Minta 'Tunjuk Sebab' Berkenaan Dakwaan Isu 'Salahlaku' Kes SRC Najib !

Sekianlah artikel Zaid Di Minta 'Tunjuk Sebab' Berkenaan Dakwaan Isu 'Salahlaku' Kes SRC Najib ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zaid Di Minta 'Tunjuk Sebab' Berkenaan Dakwaan Isu 'Salahlaku' Kes SRC Najib ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/01/zaid-di-minta-tunjuk-sebab-berkenaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zaid Di Minta 'Tunjuk Sebab' Berkenaan Dakwaan Isu 'Salahlaku' Kes SRC Najib !"

Catat Ulasan

Loading...