Loading...

Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik!

Loading...
Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik!
link : Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik!

Baca juga


Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik!

 

MARAN - Kerajaan Pahang  terus bertindak tidak matang dan menunjukkan dendam politik apabila menolak permohonan ADUN pembangkang bagi bagi penggunaan premis awam.

Terbaharu, Majlis Walimah Perdana 5.0 anjuran ADUN Jengka, Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz yang dimohon penggunaan Dataran Jam Bandar Tun Abdul Razak, Jengka pada 18 Februari nanti turut ditolak Majlis Daerah Maran.

Permohonan beliau yang telah diajukan pada 15 Disember tahun lalu itu, menerima surat jawapan bertarikh 31 Januari di mana memaklumkan pihak Majlis Daerah Maran membuat keputusan menolak permohonan tersebut.

Namun, dalam surat ditandatangani Setiausaha Majlis Daerah Maran, Sr Mazaitun Hani Zainon itu tidak menyatakan sebarang sebab munasabah terhadap keputusan menolak permohonan yang diajukan Ustaz Shahril Azman itu.

“Saya berasa amat dukacita dengan apa yang berlaku, kerana pasangan pengantin yang akan melangsungkan Majlis Walimah tersebut telah dinafikan hak mereka untuk menggunakan kemudahan premis awam.

“Saya kecewa dengan Kerajaan Pahang yang telah bertindak tanpa mengambil kira kepentingan awam melebihi dendam politik yang tidak matang.

“Kita membantu pasangan untuk berkahwin dengan perbelanjaan yang minima dan ini kerja kebajikan yang patut disokong, bukannya menyusahkan rakyat,” bidas beliau.

Kerajaan Pahang pasca PRU15 sebelum ini juga telah bertindak membatalkan tempahan Dewan Tun Razak Temerloh bagi majlis Jamuan Kesyukuran Parlimen Temerloh anjuran PAS Kawasan Temerloh.

Notis pembatalan saat akhir kurang 24 jam sebelum majlis pada 14 Disember tahun lalu itu telah memaksa PAS Temerloh memindahkan kelangsungan aturcara tersebut ke lokasi lain iaitu ke pekarangan Surau Al-Khairiah, Seberang Temerloh.

Nasib seumpama turut dialami PAS Kawasan Maran apabila dibatalkan tempahan Dewan Jubli Perak dan Dewan Arena Chenor yang bakal diadakan majlis khatan dan tayangan skrin besar perlawanan akhir Piala Dunia.

Majlis sepatutnya berlangsung pada 18 Disember 2022 itu bagaimanapun tetap diteruskan dengan berpindah lokasi ke pekarangan kediaman Ahli Parlimen Maran pada tarikh sama. #sumber



Demikianlah Artikel Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik!

Sekianlah artikel Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/batal-guna-premis-awam-adun-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik!"

Catat Ulasan

Loading...