Loading...

Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti !

Loading...
Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti !
link : Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti !

Baca juga


Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti !

KUANTAN - Keputusan Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan parti kali ini dilihat langkah awal kebangkitan semula beliau pasca Pilihan Raya Umum Ke-15.

Umum mengetahui beliau telah tewas kepada mantan Ketua UMNO bahagian itu, pada PRU lalu. Malah ramai melihat riwayat politik beliau pasti akan suram dan merudum selepas tiada jawatan dalam Kerajaan Pahang.  Sebelum ini Shahaniza adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) sejak zaman Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob lagi.

Namun, ternyata andaian itu silap bila beliau terus 'move on' dengan penampilan yang lebih 'menarik' di media sosial. Malah kelibatnya seolah-olah 'tiada apa-apa' yang berlaku. Kekalahan PRU-15 dilihat langkah gemilang untuk beliau terus mengorak langkah setapak lagi dengan menawarkan diri bertanding jawatan MKT parti. 

Pada zaman Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail menjadi Menteri Besar, ketika Pahang menjadi negeri pembangkang selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang diperingkat pusat kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14, Shahaniza dilihat antara exco kanan yang banyak membantu pentabbiran Wan Rosdy. 

Peranan beliau nyata amat berkesan dalam mempertahankan kerajaan negeri. Tambahan pula beliau juga adalah salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang ketika itu. 

Ternyata kekalahan beliau pada PRU-15 bukanlah pengakhiran perjuangannya. Biar pun bukan lagi wakil rakyat, beliau tetap aktif membela dan menjaga kebajikan rakyat dikawasannya. 

Shahaniza juga antara tokoh wanita dalam UMNO Pahang yang dilihat paling menonjol selepas Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Maznah Mazlan dan Dato' Rosni Zahari sebelum ini. Hanya Rosni yang masih kekal dalam kepimpinan wanita UMNO hingga ke hari ini.

Pada usia muda sebegini, karier politik Shahaniza tidak boleh dibiarkan begitu saja. Perjalanan politik beliau bermula sebagai Ketua Puteri UMNO Pahang pada 2001 hingga 2004).

Beliau menjadi penaja pergerakan itu selepas dicadangkan oleh Dato' Sri Maznah Mazlan yang merupaka Ketua Wanita UMNO Pahang ketika itu.

Keputusan itu juga disokong oleh mantan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak. 

Pada 2004 hingga 2008 Shahaniza kemudian dilantik menjadi Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia. 

Beliau pernah bertanding sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia pada 2009, namun tewas hanya majoriti enam undi kepada Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Pada 2008 beliau mula menjadi calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi DUN Kuala Sentul, Parlimen Maran dan menjadi Exco Kerajaan Pahang selama tiga penggal.

Beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Maran pada 2018, sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian ketika zaman Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar. Walau pun beliau tidak menjadi Ketua Puteri Negeri, namun dipilih sebagai ahli jawatankuasa perhubungan UMNO negeri (tambahan) ketika itu. Pada 2010, beliau sebagai exco ketika itu membantu Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin menubuhkan Pahangku Media pada 2010.

Kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Maran kali ini sedikit panas kerana mungkin akan dicabar. Tetapi apa yang nyata, beliau ada kelebihan, kerana lebih dekat dihati rakyat dan ahli akar umbi parti. Ditambah lagi dengan ketiadaan Dato' Sri Hj Ismail Muttalib yang telah pun dipecat daripada UMNO. 

Maka, peluang cerah dan lebih terbuka untuk Shahaniza mempertahankan jawatannya di peringkat bahagian. Justeru, sokongan padu perwakilan parti di seluruh negara mungkin akan membolehkan beliau turut menang untuk jawatan MKT.

Tambahan pula, antara calon lain dari Pahang yang dijangka bertanding ialah Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin (Temerloh), Dato' Sri Ismail Mohamed (Kuala Krau) dan Datuk Abd Rahman Mohamad (Lipis). Malah ada ura-ura beberapa nama pemimpin lain turut akan menawarkan diri dalam masa terdekat ini. 

Sementara itu seorang lagi calon yang telah pun mengumumkan hasrat untuk bertanding kerusi MKT ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim.

Jika dilihat kepada senarai nama calon MKT daripada Pahang, sememangnya Shahaniza mempunyai potensi besar untuk berada dalam senarai 25 orang MKT yang terpilih. Tambahan pula dia mungkin berada dalam 'team' Dato' Sri Azalina Othman Said, yang dilaporkan turut akan tawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO kali ini. 

Justeru, perwakilan UMNO di seluruh negara digesa memberi kepercayaan dan mengundi beliau pada pemilihan kali ini. Sudah tiba masa MKT dipilih kalangan mereka yang mempunyai agenda perubahan kepada parti dan bukan sekadar mengikut tradisi. 

Moga Shahaniza beroleh kemenangan dan berjaya membawa harapan baharu agar UMNO kembali dekat dihati rakyat terutamanya golongan muda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang pastinya.  #PahangDaily



Demikianlah Artikel Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti !

Sekianlah artikel Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/shahaniza-shamsuddin-calon-mkt-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti !"

Catat Ulasan

Loading...