Judul : Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah
link : Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah
Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah
TEMERLOH – Seorang penolong pegawai perubatan sebuah hospital dekat sini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan berjumlah RM17,859 berkaitan pengurusan jenazah.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamed Shah Reza Noot Azman susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Temerloh pada Rabu.
Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan SPRM cawangan Temerloh semalam dalam siasatan rasuah bagi urusan berkaitan pengurusan jenazah yang berlaku di hospital berkenaan antara tahun 2021 hingga 2022.
Suspek yang bertugas di Unit Perubatan Forensik dipercayai menerima wang suapan terbabit daripada ejen-ejen pengurusan sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. #sumber
Demikianlah Artikel Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah
Anda sekarang membaca artikel Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/penolong-pegawai-perubatan-di-temerloh.html
0 Response to "Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah"
Catat Ulasan