Loading...

Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini

Loading...
Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini
link : Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini

Baca juga


Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini

 

KUANTAN - Jalan berlubang yang mengakibatkan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Jalan Jerantut-Temerloh dekat Kampung Lubuk Kawah, sudah dibaiki sebelum ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Dato' Sri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, beliau telah maklumat segera daripada pihak terlibat terutama, Jabatan Kerja Raya (JKR), Roadcare (RC) dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) selepas insiden berkenaan.

"Satu laporan polis juga telah dibuat pada 6 Februari lalu berkaitan kerosakan jalan tersebut dipercayai akibat paip pecah bawah tanah selain dimaklumkan kepada pihak JKR," katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.

Beliau turut dimaklumkan kerja-kerja membaik pulih paip pecah bawah tanah sedang dijalankan oleh Paip dan prosesnya agak rumit

"Namun kita tidak menyangka setelah empat hari dibaiki, lubang jalan ini kembali pecah yang mungkin terjadi sebelum kemalangan walaupun keadaan cuaca amat baik ketika itu seperti laporan RC yang diberikan kepada saya.

"Kejadian aliran air dan paip pecah bawah tanah terjadi tanpa diduga. Oleh itu, semua pihak terlibat perlu sentiasa memantau dan melaksanakan amanah dengan cepat serta berkesan seperti yang sering saya tekankan sebelum ini," tambah beliau.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Hairul Hafizi Mursid, 34, yang bekerja sebagai penolong penyelia pasar raya di Temerloh menunggang motosikal dipercayai terlanggar lubang sebelum terjatuh di tempat kejadian

Mangsa kemudiannya meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pada hari sama.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar itu, beliau amat kesal dan berdukacita selain memandang serius kejadian berkenaan.

"Semoga ahli keluarga, isteri Allahyarham, Azimah Zahari yang baru seminggu berkahwin tabah menghadapi semua dugaan yang menimpa ketika ini yang kita semua tidak sangka.

"Saya amat berterima kasih dan menyanjung tinggi semua rakyat Pahang, badan bukan kerajaan (NGO), Lando, Brotherhood, pengguna jalan raya dan lain-lain di atas kerjasama yang amat baik menyampaikan maklumat, aduan dan membantu demi memastikan jalan raya negeri kita Pahang bertambah baik dari masa ke semasa," tambah beliau. #sumber



Demikianlah Artikel Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini

Sekianlah artikel Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/exco-kemalangan-maut-jalan-berlubang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Exco: Kemalangan Maut, Jalan Berlubang Sudah Dibaiki Beberapa Kali Sebelum Ini"

Catat Ulasan

Loading...