Loading...

Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026

Loading...
Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026
link : Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026

Baca juga


Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026

 

KUANTAN - Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin hari ini menyerahkan borang menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 pada pemilihan parti itu bulan ini.

Beliau yang hadir bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran menyerahkan borang pukul 4.10 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Ketua UMNO Bahagian Maran itu sebelum ini menjadi individu pertama menawarkan diri bertanding MKT parti itu dan pertama mengisi dan menghantar borang hari ini.

Shahaniza berkata, tiada istilah rehat dalam perjuangan kerana berjuang tidak boleh ada rasa kecewa.

“Bila kalah pilihan raya umum (PRU) lalu, tiada juga erti terus mengalah. Walaupun terluka, kita harus bangkit dan terus berjuang.

“Selagi ada nafas dan denyut nadi, saya akan terus melangkah. Terus akan berbakti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahaniza berkata, keputusan bertanding MKT dibuat kerana beliau mahu terus menyumbang usaha dan tenaga bagi memantapkan UMNO.

“Dengan pengalaman saya sejak menyertai UMNO dari peringkat cawangan, Ketua Puteri UMNO Pahang sehingga 2018 dan Ketua UMNO Bahagian Maran sehingga kini, saya yakin dapat menyumbang idea dan bersama-sama kepimpinan UMNO Malaysia bagi memulihkan sokongan rakyat khususnya kepada parti keramat ini.

“Untuk mengembalikan kegemilangan parti ini, UMNO memerlukan barisan kepimpinan mantap yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pengalamannya,” katanya.

Beliau berkata, UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu dan perubahan perlu dilakukan selaras perkembangan semasa bagi mengembalikan parti ini di hati rakyat.

“Saya sedar cabaran besar utama adalah menarik minat dan sokongan orang muda untuk kembali menyokong UMNO. Maka oleh itu, saya bersedia mendepani perkara utama ini,” katanya.

Menurutnya, hala tujunya cukup jelas iaitu untuk melaksanakan perubahan dalam UMNO serta memulihkan sokongan rakyat pelbagai peringkat kepada parti keramat ini. #sumber



Demikianlah Artikel Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026

Sekianlah artikel Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/shahaniza-serah-borang-tawarkan-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Shahaniza 'Serah Borang' Tawarkan Diri Bertanding MKT UMNO Sesi 2023-2026"

Catat Ulasan

Loading...