Loading...

Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing

Loading...
Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing
link : Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing

Baca juga


Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing

 

KUANTAN - Hujan lebat sejak semalam, menyebabkan berlaku banjir kilat di sekitar Sungai Lembing dekat sini, termasuk beberapa laluan tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Bagaimanapun, tiada mangsa dipindahkan di kawasan Sungai Lembing setakat jam 9 pagi, hari ini walaupun paras air sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lembing dan Sungai Kuantan di Bukit Kenau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri, berkata air mula naik pada 4.30 pagi.

Katanya, keadaan itu menyebabkan paras air sungai mula naik sebelum melimpah ke kawasan rendah.

"Sehubungan itu, penduduk dinasihat supaya bersiap sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Ketika ini pasukan menyelamat termasuk polis marin bersiap siaga di Balai Polis Sungai Lembing bagi menghadapi sebarang operasi pemindahan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata hujan lebat berterusan dalam tempoh 24 jam menyebabkan beberapa kawasan rendah terutama di Sungai Lembing dinaiki air.

"Paras air di Sungai Lembing dan Sungai Kuantan di Bukit Kenau telah mencecah paras bahaya setakat 8 pagi, hari ini.

"Sungai Lembing dan Sungai Kuantan masing-masing mencatatkan 36.47 meter (m) dan 21.59m, iaitu melepasi paras ditetapkan 36m dan 21.50m," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 5.50 pagi ini memaklumkan, hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kuantan manakala hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku di Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di Pahang iaitu di daerah Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong. #sumber



Demikianlah Artikel Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing

Sekianlah artikel Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/hujan-berterusan-sejak-semalam-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing"

Catat Ulasan

Loading...