Loading...

JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan

Loading...
JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan
link : JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan

Baca juga


JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan

 

KUANTAN - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di daerah Kuantan dan Rompin, yang diramal boleh berlaku hari ini jika hujan yang signifikan terus berlaku di Pahang.

Bagi Kuantan, lokasi dijangka banjir melibatkan lembangan Sungai Kuantan iaitu Kampung Batu 6, Kampung Sungai Caru, Kampung Panching, Kampung Pasir Kemudi dan kawasan sekitar.

Di Rompin pula, kawasan diramal banjir ialah Kampung Perwira Jaya, Felda Selancar dan kawasan sekitarnya yang melibatkan lembangan Sungai Rompin.

"Banjir dijangka bermula pada 12.30 tengah hari 6 Feb. Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan," menurut JPS menerusi kenyataan hari ini.

JPS menyatakan amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.

Orang ramai juga boleh melayari laman web https://ift.tt/g3eTi0h, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut berkaitan banjir.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiga sungai di Kuantan telah melebihi paras bahaya iaitu Sungai Lembing, Sungai Kuantan di Bukit Kenau dan Sungai Belat di Sri Damai.

Laman media sosial Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan pula melaporkan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Simpang Sentoria di Gambang ditutup kepada kenderaan ringan akibat dinaiki air setakat tengah hari ini. #sumber



Demikianlah Artikel JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan

Sekianlah artikel JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/02/jps-keluarkan-amaran-banjir-di-daerah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan"

Catat Ulasan

Loading...